KOTA BHARU, 22 Ogos Keberanian kerajaan Kelantan menjemput artis Akademi Fantasia (AF) mengadakan konsert alternatif di negeri ini akhir September depan rupa-rupanya dicemburui Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Malah lebih menampakkan kecelaruan apabila Dato Seri Hishamuddin Hussein tanpa segan silu cuba bercakap bagi pihak PAS, kononnya turut menjemput artis terkenal tanah air, Siti Nurhaliza. Ini benar-benar memalukan kerana seorang pemimpin besar seperti Menteri Pelajaran mempunyai pandangan serong dan irihati terhadap usaha murni dilakukan kerajaan Kelantan, kata Abdullah Nawi, 41 dari Bachok. Katanya, lebih mengaibkan lagi apabila beliau mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan kononnya kerajaan Kelantan turut menjemput Siti Nurhaliza. Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang pemimpin kanan di peringkat Persekutuan, Hishamuddin lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana dalam isu Mawi Umno kelihatan mundur ke belakang, biar pun beriya-iya sangat menarik golongan muda mendekati parti tersebut. Sebelum ini anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa menjelaskan kerajaan negeri menjemput Mawi bagi mengadakan konsert alternatif bersama beberapa artis nasyid lain bagi mengisi tabung membantu golongan kurang upaya, 30 September depan. Abdullah juga mengakui Mawi memiliki suara yang merdu dan berkemampuan mengalunkan lagu-lagu bercorak nasihat seperti nasyid. Adli Yakoob, 27 dari Tumpat berkata, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Saya tidak mempertikaikan siapa Mawi, cumanya saya mempertikaikan dari mana orang mengenali Mawi. "Ini kerana kita selalu mengkritik AF, mengatakan AF ini penyumbang kepada masalah sosial dan maksiat. Tiba-tiba kita yang beriya-iya pula mengambil artis yang lahir dari tempat yang kita kritik tadi, katanya. Seorang budak Asiah Ibrahim, 10 dari Pengkalan Chepa ketika ditanya mengenai Mawi menjelaskan hanya mengenali Mawi melalui rakan-rakan yang bercerita di sekolah. Rumah saya tidak ada Astro. Saya tahu nama abang Mawi ini dari kawan-kawan di sekolah kerana di rumah mereka ada Astro katanya. Ditanya adakah akan datang menyaksikan konsert Mawi di Padang Perdana, dia menjawab, Saya sudah ajak mak saya pergi, tidak tahulah mak saya nak pergi atau tidak,. Seorang pegawai kerajaan di Kota Darulnaim, Zainal Abidin Husin, 42 berkata, Mawi adalah satu ikon yang boleh ditauladani. Biarlah dari mana Mawi datang. Kalau kita nak kira Asiah isteri kepada Firaun datang dari istana Firaun sendiri, tetapi kita tetap mengambil dia sebagai seorang yang boleh dicontohi, katanya. Jadi kata beliau apa masalahnya dengan Mawi, lagi pun kalau kerajaan negeri tidak membawa Mawi ke Kelantan, mungkin ada pihak-pihak lain pula membawa artis itu ke sini. Tetapi sekiranya kerajaan negeri yang menganjurnya, sekurang-kurangnya dapat memantau dan menguatkuasa peraturan konsert mengikut garis panduan ditetapkan, tambahnya. Mawi dijangka mengadakan persembahan di Padang Perdana dekat sini, 30 Setember depan bersama kumpulan nasyid Mastika, Akil Hayy Rawa dan Ustaz Abdul Aziz.//hrkh __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
