KOTA BHARU: Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) mengesan kira-kira 2,000 siswazah 
wanita di negeri ini masih lagi menganggur dan memerlukan pembelaan supaya 
mereka lebih berdikari.

Pengerusi Bersama Panel Pembangunan Wanita Kemajuan Masyarakat MKK, Prof Datuk 
Dr Nik Safiah Karim, berkata sikap graduan wanita yang lebih suka `balik 
kampung' sebaik menghabiskan pengajian perlu dikikis.

Beliau berkata, MKK kini merencanakan usaha bagi membantu golongan sasaran 
terbabit supaya mereka boleh menjadi wanita moden yang lebih berkeyakinan dan 
dinamik.

"Menerusi rancangan 10 tahun mulai tahun ini, MKK menyusun strategi bagi 
membantu wanita dan remaja Kelantan menerusi program latihan dan pembangunan 
sumber manusia, pendidikan, pembangunan jati diri dan sosial serta keusahawanan.

"Menerusi latihan dan pembangunan sumber manusia itu, siswazah wanita akan 
lebih yakin apabila berdepan dengan masyarakat selepas mengikuti kursus anjuran 
kami.

"Mereka turut diberi kursus keusahawanan dan sebagai projek perintis siswazah 
itu akan dilatih untuk memasarkan pelbagai produk makanan terkenal dari 
Kelantan seperti serunding. 

"Kita meniru teknologi pembungkusan daripada beberapa negara jiran seperti 
Thailand dan Indonesia bagi memastikan produk seumpama itu bukan setakat 
diminati masyarakat negara ini malah pelancong asing," katanya.

Dr Nik Safiah memberitahu pemberita pada sidang media di pejabat Yayasan Murni 
Kelantan, Jalan Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Beliau berkata, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid 
berkenan untuk merasmikan pelancaran program MKK bagi membantu golongan sasaran 
terbabit pada 3 September ini.

Katanya, seramai 140 pelajar miskin yang dipilih dari sekolah di seluruh negeri 
turut dipilih menerima sumbangan RM200 seorang sempena majlis terbabit.//Bha 23 
Ogos


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke