PASIR MAS: Kawasan bawah Jambatan Sultan Ismail Petra dekat Tendong di sini, kini dibangunkan sebagai litar sukan lasak motocross bagi membolehkan anak muda negeri ini mengasah bakat masing-masing.
Ia juga bertujuan membanteras pembabitan anak muda dengan kegiatan lumba haram di jalan raya yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan pengguna lain serta gejala penyalahgunaan dadah. Pengarah Belia dan Sukan Negeri, Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru, berkata pihaknya menyokong usaha Persatuan Motocross Kelantan (PMCK) mengendali litar itu demi masa depan anak muda yang minat motosikal di negeri ini. "Kita tidak mahu melihat belia negeri ini mempamerkan kehebatan mereka menunggang motosikal di jalan raya kerana perbuatan itu membahayakan keselamatan. "Lebih baik mereka menunjukkan kehebatan masing-masing di litar yang disediakan ini kerana ia menjadi ruang untuk mengasah bakat yang ada pada diri masing-masing. "Tanpa keberanian dan kesungguhan, setiap peserta tidak mampu menang dalam persaingan yang berlangsung secara sihat di litar ini. Selain menyihatkan badan, ia memberi manfaat kerana sukan ini juga dipertandingkan di peringkat negara," katanya. Beliau memberitahu demikian ketika ditemui selepas hadir menonton Kejuaraan Motocross Merdeka anjuran PMCK di litar bawah jambatan itu, petang kelmarin. Tuan Abdul Rahim berkata, penganjuran pelbagai acara motosikal di litar itu dengan aksi hebat peserta, akan menarik lebih ramai pengunjung ke lokasi terbabit. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, Mohd Fauzi Muhammad, berkata pihaknya berterima kasih kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas kerana membeli kebenaran pembinaan litar terbabit. Beliau berkata, berikutan pembinaan litar itu, pihaknya bercadang menyediakan pelbagai kemudahan lain kepada penduduk kawasan itu seperti taman rekreasi dan pusat pengumpulan hasil pertanian. "Kita berharap dengan adanya litar ini, belia dapat menjalankan aktiviti sukan dan sekali gus menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat," katanya.//Bha 23 Ogos __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
