Mengapa credit tidak diberikan kpd webmaster http://www.kelate.net Laman Bolasepak Kelantan. Kerana saya yakin berita ini diambil dari laman bola dan forum tersebut. Sepatutnya dari segi etika kita PERLU memberi credit kepada sumber yg kita copy & paste itu. Terima kasih
On 8/22/05, perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Kamaruddin Mohd Nor seharusnya dijulang tinggi selepas kreativiti dan > penat lelahnya membawa pasukan yang telah musnah kembali ke landasan sebenar > dan sampai ke tahap yang kita impikan sejak awal musim; kembali ke Liga > Perdana setelah mengalahkan ATM 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua yang > berlangsung di stadium Lumut, perak sabtu lalu. > > Kelantan yang tidak mahu menerima nasib seperti Perlis dalam saingan Piala > FA menurunkan skuad terkuatnya kecuali Sairozi Daud yang mengalami > kecederaan. > > Ketiadaan Sairozi memaksa Kamaruddin menggunakan hanya dua penyerang, > Azlan Ismail dan Suriya Domtahisung. Nyata Suriya memang berbisa apabila > hampir menjaringkan gol seawal minit ke7 selepas mendapat lorongan dari > Azlan namun sepakannya tersasar ke sebelah kiri pintu gol ATM. > > Minit ke20 giliran Azlan Ismail yang membuat larian solo dan hanya perlu > menewaskan penjaga gol tuan rumah namun sepakannya sipi ke kanan sebelum > dibentes keras oleh penjaga gol ATM yang memaksa kedua-duanya diberi > rawatan. > > Lima minit selepas itu ATM mendapat sepakan percuma selepas Sariff > menjatuhkan penyerangnya namun sepakan Musabri Mat Nayan melewati palang gol > Kelantan. > > Pelawat hampir mencipta jaringan pada minit ke 29 apabila sepakan penjuru > Wan Zaman di tanduk oleh Haruna namun di selamatkan oleh penjaga gol ATM, > Mohd Zaidi Zainol. > > Seminit kemudian, juga dari sepakan sudut tandukan Azlan Ismail meliar > kesebelah kanan pintu gol pasukan ATM. Minit ke 32 dan 40 ATM mendapat > sepakan percuma di luar kotak penalti namun kedua-dua peluang tersebut > disesiakan begitu saja. > > Tamat babak pertama kedua-dua kekal tanpa sebarang jaringan. > Tanpa sebarang pertukaran, Kelantan meneruskan asakan di awal babak kedua > dan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke9 apabila Suriya memanfaatkan > kesilapan pertahan ATM yang gagal membuat sepakan dengan baik dan bola > melantun ke arah Suriya lalu pemain impot itu terus membuat larian sebelum > menewaskan penjaga Tentera buat pertama kali. > > Gol tersebut berjaya menyuntik semangat anak-anak buah Kamaruddin Mohd Nor > apbila Badri Radzi yang sebelumnya dijerit hebat oleh Kamaruddin dari tepi > padang mendapat peluang seminit kemudian namun tendangannnya melambung > tinggi. > > Minit ke 19 dan 20 Azlan Ismail mensesiakan dua peluang kemasan apabila > sepakannya masing-masing keluar sebelah kiri dan kanan pintu gol. Berang > dengan situasi itu, Kamaruddin mengeluarkan Azlan digantikan dengan pemain > baru Nik Hamzah Nik Man namun kemasukan anak muda ini tidak benyak membantu > jentera serangan. > > Menyedari jangkauan Liga Perdana yang semakin jauh, pemain ATM mula rakus > dengan bentesan- bentesan keras ke atas pemain Kelantan dan Alphonus Micheal > Anghan menerima hukuman dari deretan kekasaran apabila dihadiahkan kad merah > selepas menjatuhkan Wan Zaman. > > Ketika saingan berbaki 2 minit, Baharuddin Ghazali yang masuk menggantikan > Wan Zaman mendapat sentuhan pertama hasil lorongan dari Suriya dan dia yang > tidak dikawal terus membuat rembatan kencang menewaskan Mohd Zaidi buat kali > kedua. Di hujung babak kedua ATM membuat beberapa siri serangan namun belum > mampu menewaskan benteng yang dikemudi dengan baik oleh Akmal Tabrani untuk > kedudukan kekal 2-0 hingga tamat saingan. > > Secara keseluruhan barisan Kelantan tidaklah bermain dengan baik apabila > hampir semua pemain kecuali Akmal Tabrani membuat kesilapan mudah dan banyak > kehilangan bola. > > Pujian harus diberikan kepada pemain kerana berjaya mengawal emosi biarpun > diasak hebat oleh pasukan Tentera. > > http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1928 > > > > > --------------------------------- > Do you Yahoo!? > Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses. > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > > SPONSORED LINKS > Malaysia > hotel<http://groups.yahoo.com/gads?t=ms&k=Malaysia+hotel&w1=Malaysia+hotel&w2=Malaysia+travel&c=2&s=41&.sig=aQI2xM9NlGGEUQ9GWKfL2w> > Malaysia > travel<http://groups.yahoo.com/gads?t=ms&k=Malaysia+travel&w1=Malaysia+hotel&w2=Malaysia+travel&c=2&s=41&.sig=5mko6kpYiNOcUE5hObB6Mw> > > ------------------------------ > YAHOO! GROUPS LINKS > > > - Visit your group "perakan <http://groups.yahoo.com/group/perakan>" > on the web. > - To unsubscribe from this group, send an email to: > [EMAIL PROTECTED]<[EMAIL PROTECTED]> > - Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of > Service <http://docs.yahoo.com/info/terms/>. > > > ------------------------------ > [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
