Kamaruddin Mohd Nor seharusnya dijulang tinggi selepas kreativiti dan penat 
lelahnya membawa pasukan yang telah musnah kembali ke landasan sebenar dan 
sampai ke tahap yang kita impikan sejak awal musim; kembali ke Liga Perdana 
setelah mengalahkan ATM 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua yang 
berlangsung di stadium Lumut, perak sabtu lalu.

Kelantan yang tidak mahu menerima nasib seperti Perlis dalam saingan Piala FA 
menurunkan skuad terkuatnya kecuali Sairozi Daud yang mengalami kecederaan. 

Ketiadaan Sairozi memaksa Kamaruddin menggunakan hanya dua penyerang, Azlan 
Ismail dan Suriya Domtahisung. Nyata Suriya memang berbisa apabila hampir 
menjaringkan gol seawal minit ke7 selepas mendapat lorongan dari Azlan namun 
sepakannya tersasar ke sebelah kiri pintu gol ATM.

Minit ke20 giliran Azlan Ismail yang membuat larian solo dan hanya perlu 
menewaskan penjaga gol tuan rumah namun sepakannya sipi ke kanan sebelum 
dibentes keras oleh penjaga gol ATM yang memaksa kedua-duanya diberi rawatan. 

Lima minit selepas itu ATM mendapat sepakan percuma selepas Sariff menjatuhkan 
penyerangnya namun sepakan Musabri Mat Nayan melewati palang gol Kelantan. 

Pelawat hampir mencipta jaringan pada minit ke 29 apabila sepakan penjuru Wan 
Zaman di tanduk oleh Haruna namun di selamatkan oleh penjaga gol ATM, Mohd 
Zaidi Zainol. 

Seminit kemudian, juga dari sepakan sudut tandukan Azlan Ismail meliar 
kesebelah kanan pintu gol pasukan ATM. Minit ke 32 dan 40 ATM mendapat sepakan 
percuma di luar kotak penalti namun kedua-dua peluang tersebut disesiakan 
begitu saja. 

Tamat babak pertama kedua-dua kekal tanpa sebarang jaringan. 
Tanpa sebarang pertukaran, Kelantan meneruskan asakan di awal babak kedua dan 
berjaya memecah kebuntuan pada minit ke9 apabila Suriya memanfaatkan kesilapan 
pertahan ATM yang gagal membuat sepakan dengan baik dan bola melantun ke arah 
Suriya lalu pemain impot itu terus membuat larian sebelum menewaskan penjaga 
Tentera buat pertama kali.

Gol tersebut berjaya menyuntik semangat anak-anak buah Kamaruddin Mohd Nor 
apbila Badri Radzi yang sebelumnya dijerit hebat oleh Kamaruddin dari tepi 
padang mendapat peluang seminit kemudian namun tendangannnya melambung tinggi. 

Minit ke 19 dan 20 Azlan Ismail mensesiakan dua peluang kemasan apabila 
sepakannya masing-masing keluar sebelah kiri dan kanan pintu gol. Berang dengan 
situasi itu, Kamaruddin mengeluarkan Azlan digantikan dengan pemain baru Nik 
Hamzah Nik Man namun kemasukan anak muda ini tidak benyak membantu jentera 
serangan. 

Menyedari jangkauan Liga Perdana yang semakin jauh, pemain ATM mula rakus 
dengan bentesan- bentesan keras ke atas pemain Kelantan dan Alphonus Micheal 
Anghan menerima hukuman dari deretan kekasaran apabila dihadiahkan kad merah 
selepas menjatuhkan Wan Zaman. 

Ketika saingan berbaki 2 minit, Baharuddin Ghazali yang masuk menggantikan Wan 
Zaman mendapat sentuhan pertama hasil lorongan dari Suriya dan dia yang tidak 
dikawal terus membuat rembatan kencang menewaskan Mohd Zaidi buat kali kedua. 
Di hujung babak kedua ATM membuat beberapa siri serangan namun belum mampu 
menewaskan benteng yang dikemudi dengan baik oleh Akmal Tabrani untuk kedudukan 
kekal 2-0 hingga tamat saingan. 

Secara keseluruhan barisan Kelantan tidaklah bermain dengan baik apabila hampir 
semua pemain kecuali Akmal Tabrani membuat kesilapan mudah dan banyak 
kehilangan bola. 

Pujian harus diberikan kepada pemain kerana berjaya mengawal emosi biarpun 
diasak hebat oleh pasukan Tentera. 

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1928



                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke