KOTA BHARU: Nasib seorang wanita bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila ditipu 
RM4,400 oleh jiran sekampung yang kononnya ingin membantu dalam urusan 
pembelian sebuah van, di Kampung Beoh, Bachok. 

Wanita berusia 56 tahun itu diperdaya lelaki berumur dalam lingkungan 30-an 
yang mendakwa boleh menguruskan pembelian van berkenaan dari kedai kenderaan 
terpakai di Kuala Lumpur, pada 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, selepas 16 hari menunggu lelaki terbabit tidak muncul bersama van 
yang dijanjikan manakala wang yang diberi untuk pendahuluan turut lesap. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd 
Yusof, berkata wanita itu bersetuju dengan pertolongan lelaki terbabit kerana 
sudah mengenalinya sebagai jiran sekampung.

“Selepas persetujuan dicapai, wanita itu kemudian memasukkan RM4,400 ke akaun 
lelaki terbabit di sebuah bank di Jelawat, Bachok. Mengikut perjanjian, van itu 
akan diterima pada 19 Ogos,” katanya. 

Sehubungan itu, wanita terbabit yang mengesyaki dia mungkin ditipu kemudian 
menghubungi lelaki berkenaan menerusi telefon bimbit tetapi gagal termasuk 
pergi ke rumah jiran itu tidak jauh dari rumahnya.

“Selepas gagal menemui lelaki itu, mangsa membuat laporan di balai polis 
berdekatan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam. 

Katanya, difahamkan lelaki terbabit sudah berpindah ke Kuala Lumpur menerusi 
maklumat penduduk di kampung itu.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan lelaki terbabit untuk membantu 
siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

“Jika didapati bersalah boleh penjara tempoh tidak kurang dari satu tahun dan 
tidak lebih dari 10 tahun dan sebat dan denda,” katanya.//HM 24 ogos

                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke