PUTRAJAYA 23 Ogos - Larangan menjual rokok 14 batang sekotak yang sepatutnya
berkuat kuasa pada Jun tahun depan ditunda pada tahun 2010, kata Menteri
Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek.
Menurut beliau, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini
setelah mengambil kira kesukaran kira-kira 13,000 orang penanam tembakau di
Kelantan dan Terengganu untuk bertukar kepada tanaman lain dalam masa singkat.
``Penangguhan ini memberi peluang dan masa yang secukupnya kepada
penanam-penanam tembakau yang ada sekarang untuk bertukar ke tanaman yang
lain,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan dan Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang di kementeriannya, di sini
hari ini.
Bagaimanapun, Soi Lek menegaskan, penjualan rokok di bawah 14 batang tetap
tidak dibenarkan.
Sebelum ini kerajaan telah menetapkan bahawa penjualan rokok hanya dibenarkan
dalam bungkusan yang belum dibuka dengan setiap peket harus mengandungi tidak
kurang daripada 20 batang berkuat kuasa Jun tahun depan.//UM 24 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/