Penyeludup upah lelaki bisu
RANTAU PANJANG: Penyeludup kini menggunakan taktik keji apabila dipercayai
mengupah lelaki bisu untuk menjaga sebuah rumah yang dijadikan tempat menyimpan
pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM22,200, di Kampung Banggol Ara,
dekat Pasir Mas.
Ketika serbuan, lelaki bisu berusia 30 tahun itu dikatakan tidak ada di kawasan
rumah terbabit tetapi siasatan mendapati dia memang menetap di situ.
Ketua Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Rantau Panjang, Ahmad Fadhil Che Muda,
berkata lelaki bisu itu ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan rumah
tidak bernombor terbabit.
Beliau berkata, sebelum ini pasukannya tiga kali membuat intipan ke kawasan
rumah terbabit tetapi pergerakan pihaknya dikesan tonto.
Katanya, rumah terbabit diserbu sepasukan anggota KDRM Rantau Panjang diketuai
Pegawai Kastam Tinggi, Suainbon Ahmad bersama lima anggotanya selepas mendapat
maklumat awam, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.
Beliau berkata, hasil kecekapan anggota kastam dan maklumat orang ramai
akhirnya barangan seludup yang tersimpan di dalam rumah terbabit berjaya
dirampas selepas melakukan intipan beberapa jam sebelum itu.
Serbuan dan pemeriksaan terhadap rumah terbabit mendapati ia dijadikan stor
untuk menyimpan 60 guni dan 17 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan
bunga api.
Antara mercun yang dirampas termasuk mercun bola, das, kapal terbang dan bunga
api yang mempunyai kuasa letupan yang kuat, katanya.
Ahmad Fadhil berkata, bunga api dan mercun bernilai kira-kira RM22,200 itu
kemudian dibawa ke pejabat kastam untuk pemeriksaan.
Katanya, siasatan lanjut mendapati semua barangan itu dibawa masuk dari negara
jiran melalui pangkalan haram di sempadan Kelantan-Thailand.
Rampasan mercun dan bunga api ini adalah yang terbesar dan yang pertama kali
untuk tahun ini, katanya.
Menurutnya, mercun dan bunga api adalah barang dilarang pengimportannya
mengikut Perintah Kastam Larangan Mengenai Import 1988.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit
kesalahan boleh dihukum denda RM10,000 atau 10 kali ganda harga yang mana lebih
rendah, katanya.
Selain itu, Ahmad Fadhil berkata pihaknya percaya bekalan bunga api dan mercun
yang dirampas itu adalah untuk dijual pada orang ramai sempena Aidilfitri.
Kastam berterima kasih atas maklumat diberikan orang awam sehingga berjaya
membantu membanteras kegiatan penyeludupan barangan larangan, katanya.//HM 24
Ogos
perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
BY IAN MCINTYRE
RANTAU PANJANG: He was deaf and some smugglers found him to be the best
candidate for smuggling in fireworks and sparklers across the border.
*****************
---------------------------------
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/