KOTA BAHARU, 24 Ogos -- Kerajaan Kelantan, Rabu meluluskan tanah seluas 4,000
hektar untuk Projek Ladang Rakyat, bertujuan membantu rakyat miskin dan ibu
tunggal di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob berkata peserta akan
menerima pulangan dalam bentuk saham dari tanaman getah dan kelapa sawit
berikutan tanah di Lubuk Bongor, Kuala Balah, Jeli itu sesuai untuk dua jenis
tanaman berkenaan.
Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah Wilayah dan Alam
Sekitar berkata ladang itu akan diuruskan sebuah syarikat yang akan dilantik
dalam masa terdekat.
"Kerajaan juga akan menapis syarikat yang betul-betul layak untuk mengurus
ladang rakyat ini bagi mengelakkan ia gagal," katanya kepada pemberita selepas
mesyuarat exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat di sini Rabu.
Beliau berkata projek itu dirancang sejak dua tahun lepas dalam usaha kerajaan
negeri membantu golongan miskin di negeri ini.
Katanya kerajaan negeri sedang mengkaji kaedah pembahagian saham mengikut
keluasan tanah yang sesuai kepada setiap peserta bagi memastikannya dilakukan
dengan adil.
"Bagaimanapun masih terlalu awal untuk dikatakan bila projek ini dapat
dilaksanakan. Bagaimanapun, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2
juta untuk memulakan kerja ukur tanah dan sebagainya," katanya.//Bernama
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/