KOTA BHARU, 25 Ogos : Kesesakan lalu lintas di pusat bandar Kota Bharu hari ini
agak teruk apabila ramai pelancong mengambil kesempatan berkunjung sempena cuti
persekolahan sekarang.
Sebahagian kenderaan yang mempunyai plat pendaftaran luar Kelantan memenuhi
jalan-jalan utama di sekitar bandar Kota Bharu. Kesesakan ketara berlaku di
Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Mahmood, Jalan Hulu dan Hilir Pasar, Jalan Pintu
Pong, Jalan Kebun Sultan dan Jalan Sultan Yahya Petra.
Malah, sebahagian pelancong mengambil kesempatan datang ke Kelantan bagi
membeli pelbagai keperluan menyambut Hari Raya Puasa, biar pun ia masih jauh
lagi.
Suasana yang serupa juga turut berlaku di jajahan lain terutamanya di jalan
menghala ke Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan Bukit Bunga.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan
Masyarakat, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, kehadiran pelancong yang
memuncak ke negeri ini dikesan khususnya di hari terakhir cuti persekolahan
sekarang.
"Cuti sekolah sekarang kita lihat di bandar Kota Bharu macam nak sambut Hari
Raya. Sebenarnya pelancong mengambil kesempatan sebagai persiapan awal untuk
menyambut Aidilfitri, katanya di sini.
Zainuddin berkata, dianggarkan lebih 30 buah membawa pelancong yang disewa khas
datang ke Kelantan setiap sehari sekarang.
Malah katanya, berdasarkan kepada pemerhatian sejak kerajaan Pusat juga
mengamalkan cuti mingguan dua hari seminggu, Kota Bharu sekarang begitu sendat
dengan kehadiran pelancong.
Seorang peniaga makanan Hasnah Abdullah, 55 mengakui suasana di Pasar Besar
Siti Khadijah sekarang begitu meriah sekali terutamanya pada tengah hari
apabila ramai pelancong mengambil kesempatan menjamu selera.
"Ramai yang datang menjamu selera tempat mak cik ni, termasuk orang luar.
Selepas membeli-belah mereka datang ke sini untuk minum atau makan," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim
berharap media lebih berhati-hati menyiarkan cerita berkaitan sumbang mahram,
rogol dan perlakuan negetif lain kerana dikhuatiri diambil kesempatan orang
lain melakukan perkara serupa.
Berucap pada satu majlis sempena lawatannya ke Cawangan Tanjung Chat, di sini
baru-baru ini katanya, penduduk yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat
dan tiada jati diri mudah terpengaruh dengan gejala tersebut.
"Begitu juga kejadian menyimbah asid oleh seorang isteri terhadap suaminya
baru-baru ini, akhirnya menjadi ikutan isteri orang lain pula kerana gara-gara
cemburu," ujarnya//hrkh
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/