Pembaharuan selaras peranan LKIM membantu meningkatkan taraf hidup nelayan dan
penduduk di pesisiran pantai
TUMPAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan akan meneruskan program
pembangunan semula beberapa Pusat Pemerosesan Ikan Kering (PPIK) di negeri ini
mulai tahun depan.
Program itu membabitkan kontrak membersih kawasan PPIK secara berskala,
pembersihan anak sungai dan pembinaan jeti pendaratan ikan di Pantai Tujuh,
Tumpat.
Timbalan Pengarahnya, Raja Khalid Raja Ariffin, berkata pembaharuan itu dibuat
selaras fugnsi LKIM membantu kerajaan negeri meningkatkan taraf hidup nelayan
dan penduduk yang tinggal di pesisiran pantai.
Beliau berkata, kerja meningkatkan PPIK di Pantai Sri Tujuh dan Tok Bali, Pasir
Puteh wajar disegerakan berikutan bangunan yang uzur dan berusia hampir 20
tahun dengan persekitaran tidak lagi sesuai kerana pertambahan pengeluaran ikan
kering dan bilis dari setahun ke setahun.
"Kita sudah meningkatkan tahap kebersihan di kawasan PPIK dan akan meneruskan
kontrak membersih secara berskala bagi memberi keselesaan kepada pengusaha dan
pengguna berkunjung ke pusat itu.
"LKIM juga akan menyediakan pelbagai kemudahan lain di PPIK terbabit seperti
jeti pendaratan ikan yang baru di samping membaik pulih bangunan lama," katanya
kepada Berita Harian selepas majlis gotong royong membersih kawasan PPIK Pantai
Sri Tujuh, dekat sini, semalam.
Hadir sama menjayakan gotong royong perdana itu Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Norzahidi Omar; Ketua Pemuda Umno bahagian, Che
Husin Che Soh dan Penolong Pengarah LKIM negeri, Khuzaimah Hussin.//Bha 26 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/