BACHOK: Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, Muhammad Zaidi Sidek tampil menyertai projek Pelajar Anak Angkat anjuran New Straits Times (NST) dengan menaja 2,050 akhbar bagi kegunaan pelajar sekolah itu.
Muhammad yang juga Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian, berkata beliau mengambil bahagian dalam projek itu bagi memastikan tahap pencapaian dan penguasaan pelajar sekolah itu dalam bahasa Inggeris menjadi lebih baik. Katanya, ketika ini pembelajaran bahasa Inggeris pelajar sekolah berkenaan dilaporkan masih pada tahap kurang memuaskan. "Saya menaja 2,050 naskhah akhbar NST untuk tempoh setahun dengan 10 pelajar sehari dipilih sebagai anak angkat projek berkenaan untuk membaca akhbar ini supaya tahap pengetahuan dan penguasaan bahasa Inggeris dipertingkatkan. "Walaupun tahap pencapaian pelajaran pelajar sekolah ini agak baik, penguasaan dan pembelajaran dalam bahasa itu masih lemah dan keadaan itu turut berlaku di sekolah lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan 2,050 naskhah akhbar NST berharga RM1,640 kepada Pengetua SMK Bachok, Abdullah Awang Nor, di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini, semalam. Hadir sama, Penolong Pegawai PPD (Pengurusan Sekolah), Amran Mustapha dan Pengurus Pengedaran Rangkaian Timur NSTP, Mohamad Arisi Mat Nor. Muhammad Zaidi berkata, beliau berharap lebih ramai bekas pelajar sekolah di daerah ini yang berjaya dalam perniagaan atau korporat tampil menaja akhbar NST bagi kegunaan pelajar. Sementara itu, Amran ketika ditemui berkata, ramai pelajar di daerah ini masih lemah dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dan menerusi projek anak angkat anjuran NST ini boleh mengembangkan minda serta tahap pencapaian mereka. Abdullah pula berkata, sekolah itu akan memulakan program membaca akhbar NST itu sebaik sesi persekolahan bermula Ahad ini. "Diharap pelajar SMK Bachok akan menggunakan peluang ini bagi memastikan tahap pencapaian bahasa itu menjadi lebih baik sekali gus dapat mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan akan datang," katanya.//Bha __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
