KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Annuar Musa yakin
Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan kelulusan penubuhan sebuah universiti awam
di negeri ini.
Beliau berkata, pihaknya akan terus mengemukakan rayuan bagi tujuan itu demi
kepentingan rakyat Kelantan ke arah menjadikan negeri ini pusat ilmu pada masa
depan.
"Saya yakin Kelantan bukan saja akan mendapat sebuah universiti awam tetapi
juga Kolej Komuniti tidak lama lagi.
"Sebenarnya hasrat untuk menubuhkan universiti di Kelantan ini bukan isu baru,
tetapi sudah lama diperjuangkan bahkan suatu masa dulu tanah untuk tapak
universiti juga sudah diluluskan," katnaya selepas melancarkan Kem Kepemimpinan
Muda (Kemuda) 2005, di Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Azmi Ishak dan Pengerusi
IIUM Properties Sdn Bhd, Datuk Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.
Annuar diminta mengulas kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein berhubung langkah kerajaan tidak bercadang membina universiti baru,
sebaliknya berusaha meningkatkan martabat universiti yang sedia ada.
Annuar berkata, pihaknya percaya kenyataan Hishammuddin itu hanya merujuk
kepada penubuhan universiti swasta di negara ini, termasuk cadangan Parti
Gerakan untuk membina Universiti Wawasan.
Beliau berkata, pada masa ini tidak ada sebarang keputusan mutlak kerajaan
mahupun Kabinet untuk tidak membina mana-mana universiti awam yang baru di
negara ini.
"Saya percaya Menteri Pelajaran bercakap dalam konteks penubuhan universiti
swasta kerana pada masa ini tidak ada sebarang keputusan kerajaan untuk tidak
membuka universiti awam," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau meminta kerajaan negeri keluar daripada
kepompong kewangan secara konservatif, sebaliknya memberi tumpuan kepada
peningkatan pelaburan dan pembangunan negeri ini.
Katanya, dasar kerajaan negeri sekarang hanya lebih banyak bergantung kepada
sumber kewangan dan pemberian bantuan daripada Kerajaan Pusat semata-mata tanpa
memikirkan alternatif lain untuk meningkatkan pendapatan negeri.
"Kita bimbang dasar ini akan melemah dan merugikan rakyat Kelantan dalam jangka
masa panjang kerana terlalu banyak bergantung kepada dasar kewangan
konservatif," katanya.//Bha 29 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/