RANTAU PANJANG: Sindiket penyeludup bunga api dan mercun dari negara jiran 
dikesan mula bergerak aktif membawa bahan terlarang itu melintasi Sungai Golok, 
dekat sini, untuk disimpan sebagai bekalan pada musim perayaan nanti. 

Kumpulan itu dipercayai membawa masuk bahan terlarang berkenaan untuk disimpan 
di satu lokasi rahsia sebelum diedarkan dan dijual kepada orang ramai.

Taktik licik mereka itu terbongkar selepas sepasukan enam anggota dari Unit 
Pencegah Penyeludupan (UPP) Rantau Panjang yang diketuai Cif Inspektor Zubaidi 
Md Ariffin merampas berpuluh kotak bunga api dan mercun bernilai RM100,000.

Bunga api dan mercun itu dirampas hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori ikan 
yang ditahan di Kampung Kenjing di Pasir Mas, 12.59 tengah malam Jumaat lalu.

Malah, sindiket berkenaan cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menyorok 
kotak bahan terlarang itu di bawah bakul ikan.

Komander UPP Kelantan, Asisten Superintendan Zulkifli Ahmad, berkata kegiatan 
itu dikesan anggotanya ketika membuat rondaan di sekitar Kampung Repek, dekat 
sini.

Menurutnya, ketika rondaan anggotanya terserempak dengan sebuah lori yang 
dikesan dalam keadaan mencurigakan dan bertindak mengekorinya sehingga ke 
simpang Kampung Kenjing.

“Pasukan UPP mengekori lori terbabit kira-kira 20 minit sebelum pemandunya 
memecut tetapi berhenti di satu selekoh sebelum melarikan diri bersama 
kelindannya.

“Anggota UPP bagaimanapun gagal mengesan dua lelaki terbabit yang dipercayai 
lari ke dalam semak berhampiran,” katanya.

Menurutnya, anggota UPP kemudiannya memeriksa lori yang ditinggalkan dan 
mendapati ia dipenuhi dengan bakul ikan kosong di bahagian belakangnya.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap lori itu pihaknya menemui berpuluh kotak 
mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api.

“Siasatan lanjut mendapati terdapat sembilan jenis mercun dan bunga api 
bernilai kira-kira RM100,000.

“Barangan yang dirampas itu dipercayai dibawa masuk melalui pangkalan haram di 
tebing Sungai Golok sebelum dibawa ke daerah lain di negeri ini,” katanya.

Zulkifli berkata, antara mercun yang dirampas ialah jenis bola, gores, Short 
Magical Ball, Pili Clow, Match Cracker, Primrose dan Whistling Moon Travel.

Menurutnya, rampasan itu adalah yang terbesar tahun ini berbanding rampasan 
pertama pada 23 Ogos lalu yang bernilai RM20,000.

“Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan 
penyeludupan mercun dan bunga api melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Penyeludup ini mungkin mengambil kesempatan membawa masuk barangan itu bagi 
persediaan menyambut Aidilfitri pada November akan datang,” katanya. //HM 29 
Ogos
     

                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke