KOTA BHARU, 29 Ogos - Biar pun perdebatan mengenai jemputan kerajaan Kelantan
terhadap Mawi bagi mempersembahkan hiburan alternatif di negeri ini belum
berakhir, program kedua untuk juara Akademik Fantasia itu turut diatur.
Artis berimej pak lebai itu dijangka mengadakan persembahan di Stadium Sultan
Muhammad Ke-1V pada 1 Oktober depan sempena pemasyhuran Kota Bharu sebagai
Bandar Raya Islam.
Sebelum ini Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani bersetuju mengadakan
persembahan pada 30 Sepetember ini, iaitu program Tautan Kasih pada jam 2.30
petang dan konsert di Padang Perdana jam 9 malam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri,
Takiyuddin Hassan berkata, pemasyhuran Kota Bharu Bandar Raya Islam bakal
disempurnakan Sultan Kelantan.
Katanya, adalah dijangka lebih 15,000 orang bakal hadir pada program tersebut
yang bermula jam jam 9 malam. "Selain Mawi, kerajaan negeri turut menjemput
kumpulan nasyid Hijaz dan beberapa artis popular lain," ujarnya di sini.
Takiyuddin berkata, Mawi menjadi pilihan memandangkan artis yang mula menjadi
idola remaja itu tidak mempamerkan kelakuan yang bertentangan dengan dasar
kerajaan negeri.
Menurutnya langkah mengundang Mawi dibuat setelah mengambil kira latar belakang
penyanyi terbabit yang sering menyampaikan tazkirah kepada orang ramai mengenai
akhirat.
"Setakat ini masih belum ada lagi seorang penyanyi yang berlatarbelakang
seperti Mawi. Ini sebenarnya yang kita mahu, di samping berhibur, akhirat juga
tidak dilupa," ujarnya.
Pendakwah bebas yang juga bekas anggota kumpulan rocks, Ustaz Akhir Hayy
bimbang juara AF itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab
sekiranya dibiarkan tanpa diambil berat seperti dilakukan kerajaan Kelantan.
"Seharusnya Mawi diselamatkan jika dibiarkan diheret penganjur yang tidak
pentingkan Islam, kerjayanya sebagai ikon baru kepada remaja akan musnah.
"Kita tidak akan berjumpa artis yang diminati remaja masa kini sekiranya kita
biarkan Mawi begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sebaik mungkin," ujarnya ketika
menyampaikan ceramah di tapak Ekspo Usahawan Machang, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim
meminta ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak supaya menyertai Nisa' bagi
membolehkan mereka mengisi masa dengan kegiatan lebih bermanfaat.
Katanya, ibubapa tidak perlu bimbang terhadap Nisa' kerana ia bukan pertubuhan
yang cenderung kepada mana-mana parti politik. Ketika berucap merasmikan
program Sayangi Remaja anjuran Nisa' Kelantan di Taman Perbandaran Tengku
Anis, di sini baru-baru ini katanya, Nisa' memenuhi cita rasa remaja masa kini.
"Tidak ada sebab ibubapa atau remaja sendiri tidak menyertai pertubuhan yang
ditubuhkan untuk mereka. Walaupun Nisa' tidak pernah memaksa remaja
menyertainya, namun sewajarnya ia didekati," ujarnya. Hadir sama Pengarah Nisa'
Negeri, Siti Aisyah Yaacob.//hrkh
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/