KOTA BHARU, 29 Ogos: Kelantan mengimpikan gelaran Juara Liga FAM musim ini apabila melayan kunjungan Shahzan Muda, Pahang di perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Sultan Muhamed Ke IV Kota Bharu, Jumaat ini (2 September 2005).
Walaupun berdepan pasukan berstatus kelab, Skuad Kijang tetap berhati-hati dan tidak memandang mudah kemampuan pasukan pelawat. Justeru, Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mahu setiap pemainnya memberi persembahan terbaik ketika berdepan Shahzan Muda. Katanya, skuad Kijang ketika ini berada dalam semangat yang tinggi untuk menghadapi cabaran kelab tersebut, terutama bagi merealisasikan impian memburu juara dalam final. Beluau mengharapkan penyokong-penyokong Kelantan turun beramai-ramai untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Kelantan menjuarai Liga FAM. Sebelum ini, di peringkat separuh akhir, Kelantan telah menewaskan ATM dengan agregat 6-0. "Gomo Kelate Gomo" http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=2000 --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
