KOTA BHARU: Jeritan kuat seorang gadis menyelamatkannya daripada dirogol oleh 
lelaki warga Thailand dalam kejadian di Kampung Lubok Jong, Pasir Mas. 

Sebelum kejadian kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu, mangsa dikatakan 
bersendirian di kedai runcitnya.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang lelaki datang ke kedai untuk membeli 
barang sebelum mengekori mangsa dari belakang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd 
Yusof, berkata secara tiba-tiba mangsa ditarik keluar oleh lelaki itu ke 
kawasan semak.

Menurutnya, ketika itu lelaki terbabit bertindak cuba merogol tetapi gagal 
apabila mangsa menjerit.

“Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 30-an sempat memberitahu supaya tidak 
menceritakannya kepada bapa mangsa.

“Mangsa kemudian pulang ke rumah dan memberitahu keluarganya berhubung kejadian 
berkenaan,” katanya.

Katanya, keluarga mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan.

Beliau berkata, lelaki terbabit kini dikesan bagi membantu siasatan mengikut 
Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan 
jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

“Jika disabitkan kesalahan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau 
mana-mana dua daripada hukuman itu,” katanya.//HM 30 Ogos
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke