KOTA BAHARU, 1 Sept --- Pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari Khamis akan mengadakan lawatan ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi memastikan tahap perlawanan termasuk soal keselamatan, padang dan mutu pengadilan untuk perlawanan akhir Piala FAM Jumaat malam memuaskan.
Ketua Unit Pertandingan FAM Fuad Daud berkata tinjauan itu dilakukan bagi memastikan kedua-dua pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala FAM -- Kelantan dan Shahzan Muda (Pahang) -- bermain dalam keadaan selesa. "Tinjauan perlu dilakukan untuk memastikan tidak berlaku perkara yang boleh menggugat perlawanan itu nanti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat khas dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di sini. Fuad berkata pihak KAFA telah meminta 50 anggota polis dan 45 kakitangan mengawal dari pintu masuk hingga ke dalam stadium untuk memastikan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Beliau berkata adalah menjadi harapan FAM untuk memastikan perlawanan berjalan dengan licin kerana kedua-dua pasukan telah berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala FAM, sekali gus layak ke Liga Perdana musim depan. Katanya peminat kedua-dua pasukan juga perlu bertindak profesional dengan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Fuad berkata hasil tinjauan itu pihaknya mendapati berlaku kerosakan rumput di kawasan tepi padang dan kawasan laluan pemain pula tidak berbumbung. Beliau mencadangkan pihak pengurusan stadium memperbaiki keadaan itu untuk perlawanan yang akan datang. Sementara itu, Naib Presiden KAFA Apandi Hamzah meminta para peminat pasukan negeri itu supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk memastikan laluan Kelantan mudah. "Sekiranya penyokong melakukan perbuatan menyalahi undang-undang, sudah tentu pasukan berdepan dengan tindakan," katanya. Dalam pada itu, Pengurus Kelantan Azman Ibrahim yakin anak-anak buahnya mampu menjulang Piala FAM musim ini berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan mereka sebelum ini. Katanya Kelantan pernah bertemu dengan Shahzan Muda pada perlawanan suku akhir di Temerloh yang menyaksikan Kelantan kecundang 3-1 manakala dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kelantan mengatasi pasukan itu 3-1. "Saya harap pemain menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri dan memberi keyakinan kepada peminat bahawa Kelantan boleh," katanya. Katanya KAFA akan memberikan insentif kepada pemain sekiranya menjuarai perlawanan itu nanti.//Bernama __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
