BACHOK: Selepas membaca akhbar New Straits Times (NST) tiga minggu lalu,
Muhammad Zaidi Sidek, mendapat idea untuk membantu bekas sekolahnya, Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
pelajarnya.
Ketua Pemuda Umno Bachok itu, yang pernah belajar di sekolah berkenaan dari
1981 hingga 1983 mengambil keputusan menaja 10 naskhah NST setiap hari melalui
Program Pelajar Angkat NST.
Muhammad Zaidi juga mengalu-alukan komitmen dan inisiatif serta berharap
sumbangannya itu akan diikuti oleh pihak lain.
Saya berharap mereka yang pernah menerima pendidikan awal di Bachok dan
sekarang berjaya akan memberi sumbangan kepada sekolah masing-masing menerusi
program ini, katanya.
Muhammad Zaidi menyerahkan cek bernilai RM1,640 kepada Pengurus Perkhidmatan
dan Edaran NST Pantai Timur, Arisi Muhd Nor di Pejabat Pendidikan Daerah minggu
lalu.
Pengetua SMK Bachok, Abdullah Awang Nor, berkata beliau tersentuh dengan
tindakan sayap Pemuda Umno itu menghulurkan pertolongan bagi membantu
adik-adik dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.//Bha 2 Sept
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/