KOTA BHARU: Sebelum ini tidak ramai yang tahu rahsia mengenai khasiat sarang 
burung layang-layang. Cuma sejak kebelakangan ini, ia mula diketahui umum, 
terutama di kalangan masyarakat keturunan Cina.
Bagi masyarakat Cina, pengambilan makanan kesihatan yang dihasilkan daripada 
bahan semula jadi itu sudah lama diamalkan.

Berdasarkan catatan sejarah perubatan Cina, kemujabaraban khasiat sarang burung 
layang-layang ini terbukti sejak dulu lagi.

Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan 
darah dan memulihkan tenaga selepas demam.

Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menambah daya ketahanan tubuh, 
melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung serta ia boleh 
dijadikan makanan tambahan bagi melambatkan proses penuaan.

Bertolak dari situlah, produk makanan kesihatan yang dihasilkan daripada sarang 
burung layang-layang ini mula menarik minat pengusaha untuk menceburi industri 
itu.

Seorang pengusaha di Kelantan ialah Ng Ching Phock, atau lebih dikenali dengan 
nama Pau di kalangan kenalannya.

Beliau mula mengusahakan produk makanan yang dihasilkan daripada burung ini 
pada peringkat awal sejak tiga tahun lalu, selepas mengetahui ia mendapat 
pasaran dan permintaan yang tinggi. 

Kelantan dijangka menjadi antara negeri pengeluar sarang burung layang-layang 
terbesar di negara ini.

Ini mungkin berpunca daripada faktor alam semula jadi yang segar dan bersih dan 
bertambahnya pembinaan sarang atau habitatnya di beberapa lokasi di negeri ini. 
Ia secara tidak langsung mendorong pembiakan burung di negeri ini.

Beliau berkata, dengan pengekalan alam semula jadi yang masih bebas daripada 
pelbagai pencemaran kronik, Kelantan juga akan muncul antara pengeluar sarang 
burung layang-layang utama di negara ini.

Pau turut mengembangkan sayap perniagaannya dengan membuka galeri yang 
menyediakan produk yang dihasilkan daripada sarang burung layang-layang di 
Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu.

Inilah satu-satunnya galeri yang menjual bahan makanan kesihatan berasaskan 
produk asli itu.

Galeri yang dinamakan Nespure Birdnests Sdn Bhd mendapat sambutan menggalakkan 
penggemar makanan kesihatan itu, bukan saja daripada kalangan masyarakat Cina 
tetapi juga orang Melayu.

Antara resepi klasik produk yang dihasilkan syarikatnya ialah stew sarang 
burung dengan sirap ginkoes, minuman ginseng, stew sarang burung dengan gula 
batu dan stew sarang burung kurma merah, manakala minuman kegemaran ialah susu 
segar, puding buah longan, jus yougurt dan air soya berperisa sarang burung 
layang-layang. Semua produk ini dijual dengan harga RM9.90 segelas atau 
semangkuk.

"Kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke galeri ini adalah mereka yang memang 
sudah mengetahui khasiat makanan yang diperbuat daripada sarang burung ini," 
katanya.

Pau berkata, syarikatnya memproses sendiri sarang burung asli itu yang dibeli 
daripada pengusaha di Kelantan.

Beliau yang bertindak sebagai Pengarah Urusan syarikat keluarga itu juga turut 
membuka pusat memproses sarang burung untuk dijadikan produk makanan kesihatan 
terletak bersebelahan dengan galeri produk itu.

Beliau berkata, kerja memproses sarang burung asli ini amat rumit daripada 
peringkat membuang bulu anak burung sehingga peringkat menghasilkan produk. 

Syarikatnya mengupah 20 pekerja dan seorang hanya mampu menyiapkan 15 hingga 60 
gram sarang burung sehari. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kemahiran pekerja.

Pau berkata, produk sarang burung ini diproses daripada kepingan sarang burung 
layang-layang yang terpilih.

"Produk ini mempunyai kualiti tinggi dan terunggul dengan kandungan serat yang 
tinggi, manakala kandungan air dan gulanya rendah," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pedagang Sarang Burung Kelantan, Ong Thin 
Kuang, berkata persatuan ini ditubuhkan di Kelantan awal tahun ini memandangkan 
sambutan orang ramai terhadap industri sarang burung ini amat menggalakkan di 
negeri ini.

"Persatuan bertanggungjawab memberi nasihat berhubung kaedah penjagaan 
kebersihan kepada pengusaha,” katanya.

Antara negara yang paling banyak industri sarang burung layang-layang ialah 
Indonesia, Thailand, selain India, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.

Fakta Nombor

Sarang burung layang-layang

RM4,500 - Harga sekilogram sarang burung layang-layang.

20 - Jumlah ahli Persatuan Pengusaha Sarang Burung Layang-layang Kelantan//Bha 
5 Sept



                
---------------------------------
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke