KOTA BHARU: Seorang peniaga yang terlalu percayakan lima lelaki berhubung
pembelian tanah akhirnya berputih mata apabila wang tunai bernilai RM80,000
dilarikan dalam kejadian, dekat sini, 22 Ogos lalu.
Bagaimanapun, mangsa berusia 60 tahun itu hanya membuat laporan mengenai
kejadian berkenaan 25 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan negeri, Superintendan Rezlan Abu
Bakar, berkata sehari sebelum kejadian itu mangsa didatangi seorang lelaki
untuk menyewa tanah miliknya di kampungnya.
Menurutnya, selepas itu mangsa berjumpa dengan lelaki terbabit di sebuah hotel
di bandar ini untuk membincangkan perkara berkenaan.
Dalam perbincangan itu empat lagi lelaki turut bersama ketika itu dan
memberitahu ingin menjual tanah seluas 1.6 hektar bernilai RM800,000 di Sabah.
Ketika itu mereka menunjukkan pelan tanah di kawasan berkenaan dan mangsa
dikatakan bersetuju untuk membelinya.
Selepas itu, mangsa kemudian pergi ke sebuah bank untuk mengambil sejumlah
RM80,000 dan menyerahkannya sebagai deposit kepada salah seorang lelaki
terbabit, katanya.
Katanya, sebaik selesai membayarnya mangsa ada menerima geran tanah yang
diberikan lelaki terbabit.
Beliau berkata, selepas itu mangsa beberapa kali menghubungi lelaki terbabit
tetapi gagal.
Mangsa yang merasakan dirinya ditipu kemudian membuat laporan berhubung
kejadian berkenaan, katanya.
Rezlan berkata, sebaik menerima maklumat gerakan mengesan kelima-lima lelaki
terbabit dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan
kerana berkumpul dengan tujuan melakukan rompak berkumpul.
Katanya, jika disabitkan kesalahan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau
sebat.
Siasatan awal juga mendapati sekumpulan lelaki terbabit berusia lingkungan
40-an berasal luar Kelantan dan geran tanah yang diberikan kepada mangsa
dipercayai palsu, katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah
terpedaya dengan penyewaan atau pembelian tanah oleh sindiket tertentu bagi
mengelak kerugian yang banyak. //HM 5 Sept
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/