Penonton 15,000 jual tiket 10,000
KOTA BHARU: Pelik! Jumlah penonton yang hadir kira-kira 15,000 orang tetapi
tiket bagi perlawanan akhir TM Piala FAM antara Kelantan dan Shahzan Muda dari
Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Jumaat lalu, tidak sampai 10,000
keping terjual.
Dalam perlawanan yang berkesudahan Kelantan muncul juara selepas mencatatkan
kemenangan, 2-0, itu difahamkan tiket di Astaka hanya terjual kira-kira 600
keping.
Tiket di bahagian itu dijual dengan harga RM20 dan menyediakan kira-kira 1,330
tempat duduk.
Manakala, bagi tempat duduk terbuka dijual pada harga RM10 pula hanya terjual
kira-kira 8,500 keping sedangkan ia mampu memuatkan hampir 18,000 penonton.
Menurut sumber, sukar untuk dipercayai kerana kebanyakan ruang di stadium
ketika perlawanan itu dipenuhi penyokong.
Paling kurang, kira-kira 15,000 orang hadir menyaksikan perlawanan pada malam
itu.
Tetapi jualan tiket tidak seperti yang dapat digambarkan dengan kehadiran
penonton dalam perlawanan itu, katanya.
Menurut sumber, berdasarkan perjanjian, pihak stadium akan mendapat 10 peratus
daripada jualan setiap tiket manakala selebihnya milik Persatuan Bola Sepak
Kelantan (Kafa).
Difahamkan, kemungkinan wujud sindiket menjual tiket palsu di pekarangan
stadium pada malam itu.
Pada malam itu, wartawan Harian Metro turut ditawarkan tiket Astaka oleh
seorang lelaki berusia lingkungan 40-an juga pada harga RM20.
Berdasarkan pemerhatian, lelaki terbabit yang juga menyandang beg kecil
mengandungi berpuluh keping tiket.
Kehadiran dan kegiatannya amat mencurigakan sekali gus menjadi antara faktor
menyebabkan kutipan jualan tiket tidak selari dengan kehadiran penonton.
Sementara itu, Presiden Kafa, Ahmad Jazlan Yaakub, ketika dihubungi Harian
Metro berkata, pihaknya mengakui menerima aduan masih terdapat tiket yang
dijual di pasaran gelap.
Menurutnya, beliau tidak pula menerima laporan mengenai wujudnya sindiket
menjual tiket palsu menjelang perlawanan terbabit.
Bagaimanapun, katanya pihaknya akan menjalankan siasatan mengenal pasti
berlakunya masalah itu.
Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan peminat diminta berhati-hati jika
didatangi penjual tiket pasaran gelap kerana dibimbangi akan tertipu.
Tiket mereka itu jual mungkin berlainan dengan asal dan sekiranya dapat
dikesan pemeriksa di pintu masuk maka pembeli tidak akan dibenarkan masuk ke
stadium. Sekiranya itu berlaku ia akan merugikan mereka sendiri, katanya.//HM
5 Sept
perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Masih tidak terlambat untuk ucapkan Tahniah untuk Kelantan yang menjuarai Piala
FAM. Semoga kecermerlangan pasukan Kelantan kembali menyerlah seperti era 70an.
**********************************************************************************************************
KOTA BHARU, 2 Sept.: Kelantan muncul juara bola sepak Piala FAM dengan
menundukkan Shahzan Muda Pahang 2-0 dalam perlawanan akhir yang menarik di
Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.
Gol-gol jaringan Suriya Dom Tai Song pada minit ke-44 dan Nik Hamzah Nik Man
(73) mengesahkan kemenangan bergaya Kelantan itu di hadapan lebih 10,000
penyokong sendiri.
Suriya melepaskan rembatan kencang dari dalam petak penalti biarpun dihalang
ramai pemain pertahanan lawan termasuk penjaga gol, Mohd. Farizal Marlis.
Minit ke-73 pula menyaksikan Nik Hamzah Nik Man memanfaatkan bola muntah
daripada pergelutan di hadapan gol untuk merembat masuk sekali gus terus
menyulitkan tentangan Shahzan Muda.
Bagaimanapun Kelantan masih dipaksa berhempas pulas sebelum layak bergelar
juara apabila pelawat yang dibimbing oleh Tajuddin Noor turut mempamerkan
permainan bermutu.
Skuad Kijang bimbingan Kamaruddin Mohd. Noor yang bakal beraksi dalam Liga
Perdana musim depan bersama lawan, membawa pulang Piala FAM dan hadiah wang
tunai, RM50,000.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk
Annuar Musa.
Turut hadir menyaksikan ialah Naib Presiden dan Setiausaha Agung Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Datuk Seri Dr.
Ibrahim Saad. //UM
---------------------------------
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/