Kerajaan negeri kita bulan lepas ada menganjurkan Bulan Sembahyang. Acara ini 
merupakan acara tahunan. Ia diperkenalkan sejak kerajaan kita memerintah 
Kelantan. Pakcu tahu hal ini bila nampak banner atau poster yang ditampal di 
tiang-tiang lampu dalam bandar Kota Bharu. Pada banner itu diletak gambar Tok 
Guru Nik Aziz dengan Exco Agama, Hassan Mahmood. Wah... bukan main lagi...

Zaman la ni zaman bener atau sepanduk yang dibuat dengan plastik. Pantang ada 
majlis atau program sikit, benner plastik itulah yang dijadikan pasang ke 
merata tempat. 

Semasa kempen kutip sampah dulu, benner seperti itu jugalah dibuat. 
Bergantungan lemah ditiang-tiang lampu dalam bandar Kota Bharu. Sejauh mana 
berjaya kempen itu wallahualam... Pakcu tak periksa pula. Yang pastinya Kota 
Bharu tetap juga kotor!

Kilang plastik setahun dua ini lakulah wei... demo tak buat dengan kain lagi 
dah. Kalau dulu pakai conteng dikain putih sahaja. Beli atas merket dan pakat 
buat ramai-ramai. La ni buat disign sendiri masuk dalam CD bawa ke kilang 
cetak. Semuanya pakai komputer. Mudah, jimat dan cantik!

Macam Pakcu kata tadi walaupun sudah bertahun acara bulan sembahyang diadakan, 
tetapi Pakcu sendiri tidak berapa faham apakah tujuan dan pengisian bulan itu. 
Kalau orang setara Pakcu pun tak tahu, apalah diharap kepada orang kampung 
Pakcu yang jumpa surat khabar sebulan sekali, lagilah tak tahu menahu.

Apakah ianya hanya setakat majlis pelancaran sahaja, lepas itu sembahyang 
beramai-ramai (berjemaah) dan minum tea dengan akok sebutir dua, ia selesai 
begitu sahaja?

Atau ada pengisian lain lagi. Kupasan dan juga huraian mengenai sembahyang. 
Atau dimasukkan cerita mengenai sejarah sembahyang dan sebagainya. Mendalami 
ilmu sembahyang, memperbetulkan bacaan ayat-ayat Quran, ataupun memperluaskan 
skop falsafah sembahyang? Tak tahu Pakcu.

Bulan atau acara itu memang baik untuk kita mempertingkatkan kualiti sembahyang 
kita. Hari ini ramai orang sembahyang, tetapi tidak tahu apa benda yang mereka 
buat. Sembahyang dilaksanakan sebagai ritual sahaja, adat istiadat.

Ada yang sembahyang tanpa mempelajarinya. Maksudnya Pakcu kita belajar 
sembahyang bukan seperti belajar main badminton atau bola sepak atau pun 
menyanyi. Di mana untuk trampil dalam bidang ini kita bersungguh; ada sekolah 
khas mengenainya. 

Ada kursus demi kursus di dalam dan luar negara. Tetapi dalam hal sembahayang 
ini apakah kita (secara individu) pernah sampai ke tahap itu? Maksudnya bukan 
masuk maktab sembahyang, tetapi bersungguh dalam mendalami ilmu sembahayng. 
Tidak... sebabnya kita menganggap sembahyang itu perkara yang mudah!

Seharusnya pada program bulan sembahyang itu pihak pengajur cuba mengisinya 
dengan perkara lebih bererti lagi mengenai sembahyang. Bukan sahaja soal-soal 
cara betul mengambil wuduk ataupun memberi formula bagaimana supaya rajin 
bersembahyang dan khyusuk melakukannya. 

Satu aspek yang Pakcu tenguk kita abai ialah, pengertian sembahyang sebenarnya. 
Apakah yang dikatakan sembahyang itu. Sembahyang itu bukan "sembah". Sebab 
Allah tidak boleh disembah seperti mana penganut agama lain menyembah lembu 
atau pun patong sebagai Tuhan.

Hakikat sembah dalam solat itu hendaklah diperluaskan. Pengertian sembahayang 
itu hendaklah dipecah kepada umum biar semua orang tahu. Kebanyakan dari kita 
hari ini, sembahyang sekadar untuk melepaskan tanggungjawab sahaja. Kalau tak 
sembahyang berdosa, dan kalau tinggal kena qada. 

Sembahayang bukan begitu. Iya, ia memenuhi tanggungjawab, namun ia mempunyai 
makna dan pengertian lebih jauh daripada itu. Sebab itulah kalau orang yang 
benar-benar sembahyang boleh membawanya kepada Allah. Ia boleh mencegah 
kemungkaran.

Disebabkan sembahyang kita tidak sampai ke peringkat itu, maka kemungkaran 
terus berlaku di dalam hidup kita. Sembahyang kita tidak sampai untuk mencegah 
kemungkaran. Maknanya sembahyang begitu tidak sampai dan ia sebagai ritual 
sahaja. Dalam erti kata lain sembahyang kita bukan seperti mana sembahyang 
Rasulullah s.a.w.

Hal-hal inilah yang patut diisi di dalam kempen bulan sembahyang itu. Satu 
kertas kerja mengenai hakikat dan rahsia sembahyang perlu dibentangkan pada 
program berkenaan. Dengan adanya pengisian beginilah baru bulan sembahang itu 
bermakna dan mencapai maksud sebenarnya. Kalau ianya diadakan sebagai hendak 
menunjukkan kita ambil berat mengenai sembahyang walhal pengisiannya tidak ada 
makna, tidak ada guna juga....ngabis keduit sahaja.

By Pakcu
 
http://www.perakan.net
 
 
 

                
---------------------------------
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke