KOTA BAHARU, 5 Sept -- Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, Isnin berkenan
merasmikan penamaan semula Hospital Kota Baharu kepada Hospital Raja Perempuan
Zainab II (HRPZII).
Dalam ucapan perasmiannya pada majlis itu, baginda bertitah hospital itu akan
mencapai kejayaan cemerlang setanding hospital ternama di seluruh negara
apabila kakitangannya bekerja dengan dedikasi dan secara berpasukan.
"Beta juga ingin mencadangkan supaya beberapa sistem baru bagi penyakit kronik
diberi perhatian seperti haemodialisis untuk pesakit buah pinggang. Satu lagi
ialah keperluan kemudahan perkhidmatan rawatan jantung iaitu pembedahan
pintasan jantung," titah baginda.
Menurut baginda peralatan tersebut pada masa ini hanya terdapat di Hospital
Pulau Pinang sahaja sedangkan ia penting untuk disediakan kepada pesakit yang
memerlukan rawatan kecemasan di Kelantan dan sekitar Pantai Timur.
Penamaan semula hospital yang telah genap 85 tahun penubuhannya itu, adalah
mengambil sempena nama Raja Perempuan Kelantan (1960-1976), Tengku Zainab
Tengku Muhammad Petra yang merupakan bonda Sultan Kelantan sekarang.
Dari sudut sejarah, hospital itu pernah digunakan oleh tentera Jepun sebagai
pengkalan mereka selama seminggu ketika perang meletus pada Dis 1938, dan di
peringkat antarabangsa hospital itu telah memperolehi sijil COFRAC dari
Perancis tahun lalu dan persijilan BSENISO9001:2000(UKAS) dari United Kingdom
baru-baru ini.//Bernama
perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Hospital Raja Perempuan Zainab II , nama baru Hospital Kota Bharu
New Name For Kota Baharu Hospital
KOTA BAHARU, Sept 1 (Bernama) -- Kota Baharu Hospital will be renamed as Raja
Perempuan Zainab II Hospital on Sept 5.
The renaming ceremony will be performed by the Sultan of Kelantan Tuanku Ismail
Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra in the compound of the hospital at 11am.
The Raja Perempuan of Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, Health Minister
Datuk Dr Chua Soi Lek and Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
will attend the ceremony.//Bernama
---------------------------------
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/