PASIR PUTEH, 5 Sept - Orang ramai berpeluang menyaksikan kebolehan kakitangan
Jabatan Bomba dan Penyelamat menuruni jambatan Tok Bali menggunakan tali
sempena Karnival Pelancongan 2005 yang akan berlangsung 6 hingga 12 September
ini.
Program itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan
dan Perpaduan Masyarakat, Dato Anuar Tan Abdullah di Tok Bali, pagi esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Majlis Daerah Pasir Puteh
(MDPP), Helmi Mahmod berkata, karnival itu diadakan bertujuan memperkenalkan
Tok Bali kepada umum sebagai pusat pelancongan yang unik.
Ia juga untuk mendedahkan Tok Bali sebagai kawasan baru dalam MDPP setelah ia
diwartakan baru-baru ini, ujarnya di sini.
Karnival anjuran MDPP terbabit turut membabitkan penyertaan pelbagai agensi
kerajaan termasuk polis, Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan Jabatan Kesihatan.
Aktiviti lain yang diadakan termasuk sukan rakyat, forum perdana, kebudayaan
Islam dan pertunjukan bunga api.
Helmi juga berkata, pembangunan Tok Bali akan lebih lengkap apabila terminal
pelabuhan perikanan Tok Bali yang dikendalikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
yang kini sedang dalam kerja-kerja pembinaan siap sepenuhnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain di KOTA BHARU, Pengerusi Bersama Panel
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Majlis Kemajuan Kelantan, Prof
Emeritus Dato' Dr Nik Safiah Karim berkata, sambal daging yang diusahakan
penduduk Kelantan mendapat pasaran di peringkat antarabangsa yang dikenali
sebagai Mek K.
Katanya, Mek K dipilih sebagai simbolik pengusahanya iaitu 'Mek Kelate'.
"Sebagai pengusaha di kalangan wanita di negeri ini khususnya sambal daging,
amat wajar Mek K iaitu singkatan pada Mek Kelate dipilih," ujarnya di majlis
Pelancaran Program Panel Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh Raja
Perempuan Kelantan di sini, baru-baru ini.
Pada majlis itu juga, beliau juga meminta pelbagai pihak termasuk agensi
kerajaan negeri dan Persekutuan turut membantu jawatankuasa berkenaan bagi
menyediakan kemudahan rakyat, khususnya golongan wanita.
"Diharap penglibatan kumpulan sasar yang telah kita gariskan melalui pelbagai
aktiviti memberi ruang kepada mereka untuk menimba ilmu pengetahuan di samping
meningkatkan kemahiran," ujarnya.
Sempena majlis tersebut seramai 176 pelajar mendapat bantuan disumbang Yayasan
Kemiskinan Kelantan (YKK) dan Panel Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.//hrkh
---------------------------------
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/