KOTA BAHARU, 6 Sept -- Sempena perisytiharan Majlis Perbandaran Kota Baharu
(MPKB) Bandar Raya Islam 1 Okt ini, pelbagai acara berunsurkan Islam siap
diatur untuk memeriahkan acara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri
Takiyuddin Hassan berkata aktiviti yang diatur termasuk pertunjukan fesyen dan
persembahan nyanyian sempena perasmian oleh Sultan Kelantan.
Majlis perisytiharan penuh istiadat dan gilang-gemilang itu diadakan di Stadium
Sultan Muhammad Keempat dan dijangka dihadiri lebih 30,000 orang, katanya pada
sidang akhbar di sini hari Selasa.
Takiyuddin berkata persembahan pentas akan dimeriahkan oleh artis lama dan baru
termasuk Ramli Sarip, Rabbani dan Mawi manakala Datuk Sarimah Yusoff dan
Noorkumalasari akan memperagakan fesyen wanita yang bercirikan Islam kepada
para penonton yang kesemuanya wanita.
"Mawi yang dianggap idola kepada remaja masa kini dan Kumpulan Rabbani akan
mempersembahkan lagu-lagu berunsur Islam," katanya.
Takiyuddin berkata status MPKB sebagai majlis perbandaran tidak berubah kecuali
namanya ditambah MPKB Bandar Raya Islam selaras dengan hasrat kerajaan untuk
menjadikan MPKB sebagai bandar raya menjelang 2015.
Mulai 15 Sept, pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan, kempen
kebersihan, pameran tamadun Islam, forum perdana, sukan, ekspo perdagangan,
pertunjukan sukan berkuda dan senamrobik membabitkan 2,000 orang, diadakan.
Beliau berkata selain persembahan hiburan, program kemasyarakatan turut
diadakan seperti gotong royong, pertandingan bahas, pertandingan melukis dan
himpunan kereta antik jenis Volkswagen dan mini.
Katanya bagi memenuhi matlamat bandar raya Islam, MPKB akan mengutamakan
aktiviti yang diadakan oleh semua pihak di kawasan majlis supaya berunsurkan
Islam.//Bernama
---------------------------------
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/