KOTA BHARU, 6 Sept - Kehadiran ikon remaja masa kini, Mawi ke Kelantan pada 
akhir bulan ini turut dimanfaatkan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bagi 
menjayakan program Perkhemahan Perdana di Kem Tangok, Bachok. 

Mawi diundang pada program ‘Belia Benci Dadah’ bersama 1,000 belia yang 
menyertai perkemahan berkenaan pada 29 September ini. 
Pengerusi PBSM Cawangan Kelantan, Wan Azhar Wan Mohd Ali berkata, bersesuaian 
dengan Mawi yang diminati semua lapisan masyarakat terutamanya belia, pihaknya 
turut mengundang artis tersebut. 
“Mudah-mudahan dengan cara ini matlamat kita untuk menjauhkan remaja dari 
gejala tidak sihat akan berjaya,” ujarnya pada majlis Hi-tea bersama media di 
sini, kelmarin. Turut hadir pada pertemuan itu Timbalan Pengerusi PBSM negeri, 
Wan Ali Wan Ahmad dan setiausahanya, Abdul Aziz Abdul Rahman. 
Selain itu kata Wan Azhar, Mawi dijangka beramah mesra dengan penderma darah di 
Pusat Rawatan Komuniti Pengkalan Chepa pada hari yang sama dijangka dihadiri 70 
penderma darah. 
Sementara itu, dalam perkembangan lain, PBSM turut memperkenalkan ‘unit 
berbasikalÂ’ bagi membantu masyarakat khususnya di kawasan bandar terutamanya 
ketika kesesakan lalu lintas. 
“Unit ini cukup sesuai di kawasan yang sesak, jadi tiada cara lain untuk 
memudahkan kita membantu orang ramai. Basikal itu dilengkapi dengan kemudahan 
pertolongan cemas. 
“Sebanyak 10 basikal disediakan bagi tujuan itu dan mulai April lalu 
diperkenalkan di negeri ini. Kemudahan itu diguna ketika ada kejohanan tertentu 
termasuk marathon,” kata beliau. 
Mawi diundang kerajaan negeri bagi mempersembahan hiburan alternatif pada 
konsert ‘Tautan Kasih’ 30 September ini, dan 1 Oktober pula artis sama dijemput 
pada majlis pelancaran Kota Bharu Bandar Raya Islam di Stadium Sultan Mohammad 
Ke IV.//hrkh



                
---------------------------------
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke