KOTA BHARU, 5 Sept.: Seramai 16 graduan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menerima ijazah dan diploma masing-masing pada konvokesyen ke - 7 di Balai Islam di sini hari ini.
Daripada jumlah tersebut, 68 graduan menerima ijazah sarjana muda manakala 68 lagi diploma yang dilaksana secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar di Mesir. Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yaakob mewakili Menteri Besar menyampaikan anugerah dan sijil kepada graduan berkenaan. Turut hadir Anggota Exco Negeri, Mohd Amar Abdullah yang juga Pengerusi KIAS dan Ketua Eksekutif KIAS, Dr Johari Mat. KIAS dikendalikan KIAS Darul Naim Sdn Bhd (KDSB) anak syarikat Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN), ditubuhkan pada 24 Ogos 1999 dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. Pengajian yang ditawarkan di KIAS ialah Sarjana Muda Usuluddin, Sarjana Muda Syariah dan Diploma Dakwah Wal Qiadah. Sementara itu graduan Ijazah sarjana Muda Usuluddin, Maizatul Azuam Muhammad dipilih graduan cemerlang menerima anugerah Menteri Besar dan hadiah jabatan. Ketika ditemui, Maizatul Azuam berkata, kejayaan itu adalah hasil dorongan ibubapa, pensyarah dan rakan-rakan. Anak ketiga dari lima adik beradik dari kampong Padang Bongor, Binjai disini bercita-cita menjadi pensyarah dan akan berlepas ke Universiti Al Azhar pada 20 september ini untuk melanjutkan pengajian setahun lagi. Tiga graduan lain iaitu Hajar Mohd Nasaruddin, Zulkiflee Muhamed dan Mohd Fadil Redhuan Adnan menerima anugerah Pengerusi KDSB sementara Salimah Hussein dan Mohd Faizan Mat Jusoh menerima anugerah Ketua Eksekutif KIAS. Empat Graduan iaitu Farrah Zambri, Norfarhana Abdul Aziz, Rosemawati Mohd Sabri dan Lukman Habil menerima anugerah KIAS. Pada majlis itu, bekas Ketua Eksekutif KIAS, Nawawi Mahmood dipilih sebagai penerima anugerah tokoh kehormat KIAS. //http.www.perakan.net __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
