KOTA BHARU 6 Sept. - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) mengenal pasti tiga sistem tanaman untuk dimajukan di tanah bris bagi menjamin pendapatan penanam tembakau.
Langkah itu diambil bagi menghadapi situasi pendapatan golongan itu dijangka terjejas teruk menjelang pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), 2010. Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Saharan Anang berkata, ketiga-tiga sistem itu ialah tanaman giliran selepas tembakau, tanaman serentak dengan tanaman tembakau dan perladangan campur atau integrasi antara tanaman dengan ternakan. Menurut beliau, dianggarkan kira-kira 50 peratus daripada 13,000 keluarga penanam tembakau sekarang dengan keluasan tanaman 13,000 hektar akan terpinggir atau hilang sumber pendapatan menjelang pelaksanaan AFTA. Katanya, tekanan akan dirasakan apabila Malaysia turut terikat dengan liberalisasi perdagangan di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), selain kos pengeluaran daun kering di negara-negara jiran yang jauh lebih murah sekitar RM5 hingga RM6 sekilogram berbanding di negara ini antara RM10 hingga RM12. ``Oleh itu, usaha mengenal pasti tanaman alternatif, sistem tanaman atau tanaman bersama ternakan yang mampu menjamin kesinambungan sumber pendapatan petani sangat penting bagi menjamin sekurang-kurangnya pendapatan sekarang dapat dikekalkan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Pengeluaran Tanaman di Tanah Bris di Hotel Renaissance di sini. Seminar dua hari bertemakan `Prospek dan Perancangan Pengeluaran Pertanian Mapan' di Tanah Bris itu dianjurkan oleh Mardi dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Lembaga Tembakau Negara (LTN) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Difahamkan, pendapatan bulanan penanam tembakau di negara ini dianggarkan sekitar RM1,300 dan kerajaan berharap dapat mengekalkan kadar itu walaupun industri tembakau negara telah distruktur semula. Di bawah penstrukturan semula itu, kerajaan menyasarkan 60 peratus daripada pendapatan petani adalah dari tanaman tembakau, sementara 40 peratus lagi dari sumber lain. Menurut Saharan, kajian mendapati tanaman seperti jagung manis, jagung sayur, ubi keledek, tembikai, tembikai wangi, kacang tanah, cili, kobis, belimbing dan kenaf boleh dimajukan sebagai tanaman giliran. ``Ini tidak termasuk bidang ternakan seperti kambing yang dijangka boleh membantu mengekalkan pendapatan penanam tembakau jika mereka beralih ke bidang lain,'' katanya./UM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
