PASIR PUTEH: "Dentuman petir yang kuat bagaikan letupan bom ketika hujan lebat malam tadi (kelmarin) membuatkan saya terpelanting dan pengsan," kata Norshahira Abdul Aziz, 16, pelajar Tingkatan Empat yang ketika itu cuba menukar siaran televisyen.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam di Kampung Bendang dekat Bukit Abal malam kelmarin itu, Norshahira bersama tujuh ahli keluarganya termasuk ibu bapa sedang menonton televisyen, ketika hujan di kampung itu. Petir itu menyebabkan Norshahira terkena kejutan elektrik. Tangan dan seluruh badannya lemah dan dia menerima rawatan pesakit luar di klinik berdekatan. Selain itu, pendawaian elektrik dan papan fius utama di rumah itu musnah bersama pelbagai peralatan elektrik termasuk televisyen, mesin basuh, komputer, telefon bimbit, pengepam air dan kipas. Menceritakan detik cemas itu, ibunya, Napisah Abdullah, 48, berkata ketika kejadian beliau bersama suami, Abdul Aziz Mohd Noor, 48, dan Norshahira sedang sedang menonton televisyen. "Ketika itu, kami sekeluarga bersama dua adiknya serta nenek dan bapa saudaranya sedang menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar dentuman petir yang kuat dan menggegarkan rumah. "Ketika itu juga, Norshahira bangun menukar siaran televisyen. Sebaik menyentuh televisyen, dia terpelanting rebah dan pengsan menyebabkan kami sekeluarga panik," katanya ketika ditemui di rumahnya. Selain rumah mangsa, tiga lagi rumah jiran keluarga terbabit turut mengalami kerosakan peralatan elektrik membabitkan kerugian masing-masing antara RM15,000 hingga RM20,000. Semua rumah mangsa kini masih bergelap kerana keseluruhan pendawaian elektrik kediaman itu musnah. Jiran yang turut menjadi mangsa, Zawawi Mamat, 32, berkata beliau sekeluarga terkejut kerana selama ini, tidak pernah menempuh kejadian seperti itu. "Banyak peralatan elektrik dalam rumah kami rosak termasuk lampu yang jatuh bertaburan akibat arus voltan tinggi ketika petir itu. "Kejadian petir yang kuat itu menyambar rumah jiran amat menakutkan dan kami tidak dapat berbuat apa-apa selain menyerah kepada takdir tuhan ketika itu," katanya. //Bha 7 Sept __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
