perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Oleh : Lesco

Semenjak Kerajaan Kelantan diterajui PAS pada 1990, premis perjudian tidak lagi 
diberi lesen untuk menjalankan operasi judi di Kelantan, alhamdulillah satu 
pendekatan yang terbaik. 

Namun demikian, akhir-akhir ini wujud 'kaunter judi haram' yang bergerak aktif 
memberi khidmat kepada masyarakat. Perkara ini amat membimbangkan kerana 
kebanyakan yang mengambil bahagian ialah dari kalangan pemuda Melayu Islam dan 
tidak kurang juga yang sudah berumur dan mempunyai lagak 'pak lebai' atau 
'haji'.

Mengikut maklumat yang diperolehi, 'kaunter judi haram' ini bergerak aktif di 
beberapa tempat seperti di sekitar Ketereh, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang 
dengan mengambil upah membeli tiket judi seperti Toto dan Magnum di negeri 
jiran yang mempunyai perniagaan tersebut. 

Mereka bergerak dan mencari makan dengan mengambil upah antara 20 hingga 30 
peratus dari harga tiket yang akan dibeli ditempat lain yang mempunyai premis 
yang sah dan berlesen. Ia bergerak seumpama 'ulat-ulat tiket' untuk 
pengangkutan awam seperti Bas dan pertunjukan seperti Stadium.

Pihak berkuasa tempatan pernah membuat beberapa serbuan hasil maklumat orang 
ramai, namun setiap kali serbuan dibuat akan menemui kegagalan, dipercayai ada 
pihak-pihak tertentu yang memainkan peranan penting menghidu setiap operasi 
yang akan dijalankan.

Baru-baru ini, ada masjid dalam daerah Jelawat mengambil satu pendekatan yang 
amat berkesan bagi membendung gejala melepak di kedai-kedai kopi terutama di 
kalangan warga tua dalam waktu maghrib. Dalam hal ini khatib telah menegur 
perkara ini secara langsung dengan mengumumkan nama atau gelaran mereka di 
masjid pada hari jumaat. Selepas itu, tiada kelihatan lagi 'kelibat' golongan 
tersebut di kedai-kedai kopi seperti sebelum ini semasa penduduk sedang 
bersembahyang maghrib.

Mengambil tauladan dari hal berkenaan, perkara seumpama judi ini juga amat 
berkesan sekiranya pihak berkenaan mengambil langkah yang sama dengan 
membincangkan perkara ini secara langsung di setiap masjid pada hari jumaat 
sebelum ia menular menjadi barah yang sukar dibendung.

Pihak berkenaan seperti Ketua kampung, penghulu, imam, pendakwah, ahli yang 
berhormat serta penduduk kampung perlu memainkan peranan penting bersama pihak 
berkuasa tempatan untuk membenteras gejala yang tidak sihat ini yang akan 
memberi kesan yang amat negatif terhadap imej negeri Kelantan Serambi Mekah. 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke