KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan memperuntukkan RM2 juta sebagai biaya program pembangunan dan kegiatan sempena perisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang akan dirasmikan 1 Oktober ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Takiyuddin Hassan, berkata program sempena acara itu bermula 15 September ini sehingga hari pelancaran yang dirasmikan Sultan Kelantan.
Beliau berkata, perisytiharan MPKB-BRI mematuhi Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memohon menukar nama dengan kelulusan kerajaan negeri. "Ini bermakna status MPKB masih lagi perbandaran tetapi nama saja diubah kepada MPKB-BRI yang perancangannya menuju sebagai bandar raya menjelang 2015," katanya pada sidang media di MPKB, semalam. Turut hadir Yang Dipertua MPKB, Ab Aziz Ab Rahman. Takiyuddin berkata, selepas perisytiharan itu pada 1 Oktober ini, gerak kerja dan urusan harian agensi pejabat kerajaan akan menuju kepada matlamat sebagai bandar raya. Katanya, sempena perisytiharan MPKB-BRI, 20 program diatur sepanjang tempoh September sehingga Oktober ini termasuk gerakan menghijaukan bumi, larian kemerdekaan Bandar Raya Islam, bulan membaca, ekspo, seminar tulisan Jawi, pameran tamadun Islam dan sejarah Kota Bharu. Beliau berkata, sepanjang sepuluh tahun perisytiharan MPKB-BRI itu, pelbagai kegiatan untuk membentuk sahsiah remaja terbabit kegiatan gejala sosial akan diadakan bagi memastikan golongan sasar kembali ke pangkal jalan.//Bha 8 Sept __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
