KUALA KRAI, 7 Sept Saya sudah serik untuk mendampingi pemimpin Umno. Baru-baru ini mereka kerah belia di sini berarak motosikal bagi mengiringi kedatangan seorang menteri.
Seramai 50 belia Kampung Bukit Sireh terbabit dengan perarakan itu. Perarakan hampir dua kilometer, namun selepas majlis selesai janji duit minyak tidak diberi, nasi bungkus pula dikebas orang lain, kata Nasaruddin Abdul Hadi, 22. Beliau ditemui selepas menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada program ceramah di sini, malam tadi. Seramai 57 belia berusia antara 22 hingga 25 tahun memohon menjadi ahli PAS selepas sedar dipermainkan pemimpin Umno. Nasaruddin berkata, sebelum ini beliau juga pernah berjumpa dengan Ketua Pemuda Umno Bukit Sireh bagi mendapatkan peralatan sukan daripada peruntukan wakil rakyat Mengkebang. Bagaimanapun malangnya kata beliau, ketua pemuda Umno terbabit pula meminta supaya memohon sendiri kepada wakil rakyat. Apa guna dia dilantik sebagai ketua pemuda kalau tidak boleh membantu golongan belia di kampung sendiri. Saya nampak pemuda Umno tidak boleh tumpang dan mereka lebih pentingkan diri sendiri. Selepas berlaku dua peristiwa tersebut dan kesedaran berjuang berlandaskan agama membuatkan saya dan rakan-rakan berpakat sudah sampai masanya menjadi penyokong PAS secara rasmi bagi bersama menegakkan agama Allah, katanya. Pada malam tadi beliau dan rakan-rakan yang menyertai PAS sudah turun padang bertugas mengawal lalu lintas di tempat berlangsung ceramah. Selepas menyerah borang beliau kembali bertugas memastikan majlis ceramah berjalan lancar. Nasaruddin berkata, keluarganya tidak mempunyai pendirian jelas mengenai politik sebelum ini dan beliau cuba memecahkan tradisi itu. Beliau yang mempunyai sijil kemahiran dalam bidang pendawaian elektrik berazam meneruskan perjuangan bersama Islam dan meningkatkan pengetahuan mengenai agama. Kata beliau golongan pemuda perlu mempunyai pendirian yang jelas tentang perjuangan masa depan bagi mengelakkan dipermainkan mereka yang mempunyai kepentingan diri. Biar pun sebelum ini saya berkawan dengan pemuda-pemuda Umno namun nalurinya lebih seronok mendekati PAS kerana mempunyai matlamat perjuangan yang lebih jelas, katanya. Sebahagian besar mereka yang hadir pada ceramah adalah golongan muda. Timbalan Presiden PAS ketika berucap sebelum itu berkata, jentera PAS di seluruh negara perlu dipersiapkan dari sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 nanti.//hrkh __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
