TANAH MERAH: Sedutan kuat lubang yang terbentuk berikutan pasir jerlus memerangkap dua sepupu yang ditemui lemas di Sungai Belimbing, dekat sini, pagi, kelmarin.Mayat Mohd Aswadi Mohd Sukarno, 12, ditemui tersangkut pada pukat yang dipasang penduduk Kampung Belimbing sejak malam kelmarin untuk membantu mengesan mangsa kira-kira jam 8 pagi.
Sepupunya, Mohd Tasuin Salleh, 11, ditemui terdampar di dasar sungai itu pada jam 9.20 pagi kira-kira 15 meter dari tempat mereka mandi oleh seorang anggota Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Kelantan. Sepupu mereka yang terselamat, Faris Mat Seri, 12, berkata mereka berempat termasuk seorang lagi saudara, Afik Ayob, 8, pergi ke sungai itu untuk mandi sambil mencari etak, kira-kira jam 4 petang kelmarin. "Tiba-tiba pasir tempat mandi jerlus menyebabkan kami terjerumus dalam lubang dalam. Saya sempat menyelamatkan diri sambil menarik Afik yang ketika itu hampir lemas. "Saya cuba menyelamatkan Tasuin, tapi gagal. Saya turut berusaha menarik tangan Aswadi, malangnya sedutan pasir jerlus itu lebih kuat menyebabkan saya tidak mampu berbuat apa-apa. "Bila tengok kedua-duanya hilang daripada pandangan, saya bergegas ke tebing sungai dan pulang memaklumkan kepada penduduk kampung dan ibu bapa mereka," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu. Bapa Mohd Aswadi, Mohd Sukarno Ismail, 50, yang kudung kaki kanan akibat kemalangan jalan raya empat tahun lalu, berkata anaknya tidak memberitahu hendak ke sungai ketika keluar rumah sejak jam 11 pagi, kelmarin. Beliau berkata, anak keempat daripada tujuh beradik itu sudah tidak bersekolah sejak lebih setahun lalu, kerana kemiskinan keluarganya. "Saya hanya menyedari kejadian yang menimpanya selepas dimaklumkan penduduk kampung kira-kira jam 6.30 petang, semalam. Saya tidak dapat ke tempat kejadian kerana perlu berjalan dengan tongkat. "Saya berterima kasih kepada semua pihak dan penduduk kampung kerana membantu usaha mencari dan mengesan anak saya sejak petang kelmarin," katanya. Ketua Operasi Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Negeri, Che Ludin Che Wil, berkata 12 anggotanya menjalankan operasi mulai jam 8 hingga 11 malam kelmarin tetapi kedua-dua mangsa gagal ditemui. Beliau berkata, operasi disambung semula kira-kira 8 pagi semalam sehingga dua mangsa itu ditemui dengan bantuan polis dan penduduk kampung yang turut berada di tempat kejadian. Katanya, mayat kedua-dua sepupu itu sudah diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.//Bha 8 Sept __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
