KOTA BHARU, 8 Sept Kerajaan negeri kini sedang berusaha menambahkan lagi
jumlah hasil bagi meningkatkan lagi prasarana pendidikan tinggi di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yakob berkata, melalui pendapatan tersebut
membolehkan kerajaan negeri menyuntik lebih banyak modal bagi memperkembangkan
sektor berkenaan.
Sumber asli yang belum diterokai akan dimajukan sebagai salah satu usaha
menambahkan jumlah pendapatan kerajaan negeri, katanya pada majlis makan malam
meraikan alumni Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) di sini,
baru-baru ini.
Beliau berkata, hanya melalui bidang pendidikan sahaja rakyat boleh merubah
nasib mereka ke arah lebih baik pada masa depan. Pada majlis itu beliau juga
berharap pelajar yang mahu melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi memilih
bidang yang sesuai dengan sektor pekerjaan.
Turut hadir pada majlis itu anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Ketua
Eksekutif Kias, Dr Johari Mat, pensyarah dan pelajar-pelajar. Mohd Amar
berkata, orang yang belajar agama mempunyai tanggungjawab yang berat bagi
menghakis kekeliruan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan.
Dr Johari pula bimbang kebuluran akhlak dan agama di kalangan sesetengah
anggota masyarakat sehingga menyebabkan berlaku gejala sosial yang semakin
membimbangkan sekarang.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik
Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan alumni Maahad Muhammadi menggunakan ilmu yang
diperolehi untuk disebarkan kepada masyarakat.
"Adalah berdosa bagi orang-orang yang berilmu menyimpan sahaja ilmu yang ada
dalam dirinya tanpa menyebarkannya kepada orang lain," ujar beliau pada
perasmian Pelancaran Alumni Maahad Muhammadi di sini, baru-baru ini.
Katanya juga, perjuangan orang terdahulu bagi mengembangkan agama Islam melalui
pelbagai halangan dan rintangan sehingga akhirnya Islam tersebar luas seperti
sekarang.
Katanya, mereka yang hidup pada zaman sekarang patut berterima kasih dan terus
mengenang jasa orang dahulu yang berusaha mendirikan institusi ilmu biar pun
terhad sumber kewangannya.
"Jadi, kita yang hidup pada zaman sekarang tidak perlu bersusah payah lagi
untuk membina pondok, kita hanya perlu mengembangkan dan menyebarkannya, kata
beliau.
Persatuan Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan merupakan satu wadah untuk
mengumpulkan bekas-bekas pelajar SMU (Arab) Maahad Muhammadi Lilbanin dan
Lilbanat dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan.//hrkh
---------------------------------
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/