BACHOK: Baju sejuk bapa yang dipakaikan kepada anak berusia 22 bulan untuk
menahan kesejukan, membawa tragedi apabila pakaian itu terperangkap pada tayar
motosikal yang dinaiki mereka, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 pagi di Kampung Wakaf Zain dekat Tawang di sini, anak
bongsu daripada tiga beradik, Mohd Azis Haika Khairulniza, mati di tempat
kejadian selepas tercampak dan terhempas atas jalan raya.
Topi keledar kanak-kanak itu yang baru dibeli ketika perjalanan pergi ke klinik
dan dipakai mangsa juga, mengalami kerosakan apabila patah bahagian depannya.
Mangsa tercampak selepas motosikal yang ditunggang bapanya, Khairulniza
Zulkifli, 32, terbabas apabila lengan baju sejuk yang dipakai mangsa
terperangkap pada tayar belakang kenderaan itu.
Khairulniza yang juga kerani di RHB Bank Kota Bharu cedera parah, dan masih
dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan
keadaannya dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Nazely Mohd Said, berkata ketika
kejadian, dua beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mangsa yang
sakit mata menerima rawatan di klinik dekat Panji.
Ketika tiba di tempat kejadian, Khairulniza tidak menyedari lengan baju
sejuknya yang dipakaikan kepada anaknya terjuntai dan terperangkap pada tayar
belakang motosikalnya.
Kejadian itu membuatkan dia gagal mengawal motosikalnya menyebabkan kenderaan
terbabit terbabas sebelum anak bongsunya tercampak beberapa meter di atas jalan
raya, katanya ketika dihubungi, semalam.
Nazely berkata, orang awam yang melihat kejadian itu membantu menghantar mangsa
ke HUSM untuk rawatan kecemasan sebelum laporan dibuat keluarganya dan siasatan
sedang mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ibu kanak-kanak, Norizan Mohd Jori, 31, berkata sebelum kejadian, suaminya
memberitahu beliau mungkin tidak dapat pergi kerja kerana kurang sihat.
Bagaimanapun, selepas itu dia membawa anak kami ke klinik dekat Panji untuk
pemeriksaan matanya yang sakit sejak beberapa hari lalu. Dalam perjalanan balik
itu, Azis yang duduk di depan merengek beberapa kali, masa sama suami saya
membetulkan kedudukannya.
Beberapa minit selepas itu, lengan baju sejuk yang dipakaikan kepada anak saya
tiba-tiba terjuntai sebelum ditarik putaran tayar motosikal menyebabkan mereka
terbabas dan kedua-duanya tercampak atas jalan raya, katanya ketika ditemui di
rumah ibunya dekat Jalan Tengah Tawang, semalam.
Norizan yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, berkata
beliau mengetahui kejadian selepas dimaklumkan ahli keluarga kira-kira jam
10.45 pagi ketika sedang mengajar.
"Sebaik mengetahui kemalangan yang menimpa mereka, saya bergegas ke HUSM
sebelum diberitahu yang anak kami sudah meninggal dunia, manakala suami cedera
parah, katanya yang masih dalam kesedihan mengenangkan anak bongsunya itu
sudah petah bercakap.
Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung
Gajah Mati, dekat sini kira-kira jam 5 petang kelmarin.//Bha 12 Sept
---------------------------------
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/