KOTA BHARU: Seramai 5,000 peserta bengkel jahitan anjuran Jabatan Kemajuan 
Masyarakat (Kemas) Kelantan seluruh negeri ini berjaya membaiki taraf hidup 
hasil kemahiran yang diperoleh mereka.

Kemahiran jahitan itu membolehkan peserta yang terdiri daripada ibu tunggal, 
suri rumah serta dan menganggur mendapat pendapatan daripada usaha menyiapkan 
tempahan jahitan, sulaman serta kraftangan.

Penolong Pengarah Kemas Negeri, Mohd Rosdi Alizah, berkata berdasarkan 
kemahiran yang diperoleh daripada Bengkel Jahitan Kemas, beberapa peserta sudah 
melangkah lebih jauh dengan usahawan berjaya bidang berkaitan.

Beliau berkata, kemahiran diri yang diperoleh daripada bengkel jahitan yang 
disertai membuatkan pesertanya juga tidak lagi merasakan diri mereka tersisih 
daripada masyarakat.

"Berdasarkan kemahiran yang ada hasil daripada pengalaman dari bengkel, di 
kalangan peserta membuka kedai atau mencari peluang pekerjaan untuk menambah 
pendapatan keluarga.

"Ketika ini, 65 bengkel beroperasi di seluruh negeri ini, seramai 25 peserta 
pada sesuatu masa diajar menjahit, sulaman dan menghasilkan kraftangan selain 
menyiapkan tempahan yang diterima," katanya.

Beliau berkata, ketika ini, peserta Bengkel Jahitan Kemas turut menghasilkan 
produk pengeluaran termasuk sarung bantal, cadar, pakaian pengantin, langsir 
dengan reka bentuk canggih.

"Ini kerana, kita turut menerima tempahan daripada agensi kerajaan termasuk 
pasukan pakaian seragam daripada pemborong dari seluruh negara. Kita juga 
diberi peluang memasarkan produk yang dihasil di bengkel ini," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan latihan, setiap peserta sekurang-kurangnya akan 
mampu menghasilkan pakaian ahli keluarga masing-masing jika tidak berhasrat 
membuka perniagaan atau menyiapkan tempahan.

"Harapan saya agar orang ramai merebut peluang memperoleh kemahiran yang 
disediakan oleh Kemas ini, kerana kerajaan menyediakan peruntukan subsidi 
menerusi kelengkapan serta pembiayaan tenaga pengajarnya.

"Menerusi usaha ini, kita berusaha melahirkan masyarakat berkemahiran dan 
berpotensi besar, apabila peserta yang bercita-cita boleh mengembangkan lagi 
bakat yang ada," katanya.//Bha 12 Sept


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke