KOTA BHARU: Islam tidak menghalang pasangan memperoleh keseronokan seks melalui hubungan kelamin ke tahap maksimum tetapi jangan melampaui batas sehingga melalaikan fardu yang dituntut agama.
Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mohd Hassan, berkata penggunaan sebarang alat bantuan rangsangan seks seperti bebola, gelang dan bertindik diharuskan Islam asalkan tidak memudaratkan. Bagaimanapun, katanya, penggunanya perlu memastikan peralatan itu boleh ditanggalkan apabila tidak digunakan kerana dikhuatiri membatalkan wuduk. Menurutnya, merujuk kepada ayat al-Quran yang bermaksud: Datanglah kepada isteri kamu itu sebagai kebun dan taman untuk kamu selama tidak menyalahi hukum Allah dan hukum Rasul. Namun, jangan pula dalam berseronok untuk mencapai kepuasan (seks) sehingga kita lalai dan meninggalkan waktu solat atau amalan wajib yang lain...kerana ini membawa kepada haram. Malah, perbuatan melampau dalam melakukan hubungan seks boleh membawa kepada amalan syaitan dan haiwan, katanya. Semalam, Metro Ahad melaporkan kajian mendapati pasangan yang paling ramai menggunakan alat rangsangsan seks bagi mencapai kepuasan hubungan kelamin berasal dari Kelantan. Kajian itu didedahkan pakar sakit tuan, Dr Ismail Thambi, di Simposium Kesihatan Mental Kebangsaan Ke-3 di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, dekat sini, kelmarin. Hasil kajiannya juga mendapati ramai pasangan dari Kelantan menggunakan alat bantuan rangsangan itu seperti gelang, subang dan bertindik. Dr Ismail berkata, perbuatan itu berpunca daripada sifat semula jadi pasangan dari negeri itu yang begitu prihatin terhadap amalan seks terutama dalam rumah tangga. Hasbullah berkata, walaupun di zaman Nabi tidak menyebut peralatan canggih bantuan untuk rangsangan seks tetapi penggunaan alat berkenaan diharuskan dalam Islam. Yang pastinya, jika benda itu bukannya najis dan tidak memudaratkan, ia boleh digunakan, katanya. Bagaimanapun, beliau mengingatkan pihak berwajib supaya mengelak alat itu disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab seperti remaja untuk mencubanya dalam kegiatan tidak bermoral.//HM 12 Sept __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
