KUALA LUMPUR, 12 Sept - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz 
Nik Mat berkata, usaha Kerajaan Kelantan membawa penyanyi Mawi ke pentas 
alternatif di Kelantan ialah untuk memberikan pilihan hiburan aklternatif 
kepada Mawi dan beribu-ribu peminatnya.

"Saya ada terima protes dari beberapa pihak, tapi saya tanya mereka apa pilihan 
anda terhadap bentuk hiburan yang ada sekarang ini?" tanyanya dan menambah, 
"jangan marah saja, tapi tunjukkan alternatif supaya kita dapat menyelamatkan 
mereka." 
Beliau menyatakan ini ketika berucap di Majlis Makan Malam Muassasah Darul Ulum 
di Pusat Tarbiyah PAS, Taman Melewar di sini di samping mengingati tiga tahun 
kepergian Presiden PAS, Almarhum Dato' Fadhil Mohd Noor yang juga mengasas 
muassasah tersebut. 
Beliau berkata, Mawi mempunyai pribadi yang dapat dibentuk, dia mempunyai 
aliran tersendiri yang tidak terikut-ikut dengan penyanyi lain, ada mesej 
tersendiri dan saya jatuh hati dengan penampilan dia. 
Justeru itu, kata Tuan Guru, beliau bersama peminatnya yang beratus ribu itu 
perlu diselamatkan dengan menyediakan pentas alternatif untuk berhibur dengan 
disediakan beberapa peraturan supaya sesuai dengan kehendak Islam. 
Katanya, Allah yang maha pengasih menurunkan tiap sesuatu itu dengan 
alternatif. Umpamanya, katanya, minuman, air banyak yang halal, tapi Allah 
mengharamkan arak. Ini alternatif, katanya. 
Demikian juga riba diharamkan, tetapi Allah beri alternatif iaitu perniagaan 
tidak riba dan dihalalkan. 
"Demikian juga perzinaan haram, tetapi Allah beri alternatif iaitu supaya 
manusia berkahwin. Ini alternatif. Allah sediakan makanan, pelbagai makanan 
halal, tetapi Allah haramkan makan babi dan bangkai serta lain-lain yang 
disenaraikan oleh fikah. Ini alternatif namanya," kata Ustaz Nik Aziz. 
Apabila beliau mengundang Mawi, katanya, ada suara bising sekali, "tapi saya 
tanya mereka apa alternatif and kepada hiburan yang ada. Jangan bising saja, 
beri alternatif. Kami di Kelantan sudah menyediakan pentas alternatif kepada 
Mawi dan peminatnya. Mudah-mudahan tempat lain juga akan ada seperti ini." 
Beliau mengingatkan supaya kita jangan membiarkan generasi muda hanyut begitu 
saja, atau sekedar memarahinya, atau sekedar berleter saja, tapi perlu 
menyediakan mereka pilihan terbaik yang sesuai dengan Islam. Hiburan, kata 
Ustaz Nik Abd Aziz.//hrkh 



                
---------------------------------
Yahoo! for Good
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke