KOTA BHARU: Asmawi Ani atau Mawi akan diberi tugas mengazankan solat Maghrib
atau Isyak sebelum memulakan pertunjukan pentas anjuran kerajaan negeri pada 30
September ini.Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata antara
tujuan kerajaan negeri menjemput Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu
mengadakan pertunjukan pentas sebagai usaha menarik golongan muda menghayati
dan mendekati Islam.
Katanya, kerajaan negeri percaya dengan bakat dan kebolehan yang ada pada Mawi
mampu membentuk akhlak yang mulia di kalangan remaja yang ketika ini kira-kira
12.6 juta anak muda di negara ini menjadi peminatnya.
"Oleh itu tidak ada sebab pihak tertentu mempersoalkan langkah kerajaan negeri
menjemput juara AF3 itu, walaupun kerajaan mengharamkan pertunjukan hiburan di
negeri ini," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis ramah mesra
dengan pelajar anak Kelantan yang akan melanjutkan pelajaran di Asia Barat, di
JKR 10, di sini, petang semalam.
Nik Abdul Aziz mendakwa, dalam Islam tidak ada yang haram secara mutlak jika
ada alternatifnya.
"Misalnya zina... haram, tapi kita boleh berkahwin, begitu juga daging babi
haram dimakan, tapi sebagai alternatifnya daging lembu.
"Kita membawa Mawi kerana ia mempunyai mesej tertentu, kerana kenyataan dia pun
sejak akhir-akhir ini sejajar dengan tuntutan Islam, katanya.//Bha 13 Sept
---------------------------------
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/