"Golongan remaja perlukan hiburan dan Kerajaan Negeri perlu memikirkan hiburan alternatif kepada rakyatnya," katanya ketika dihubungi mengulas pandangan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat mengenai Kerajaan Kelantan jemput Mawi.
KUALA LUMPUR, 15 Sept.: Presiden PERAKAN, Haji Che Ariffin Che Mahmood menyokong penuh Kerajaan Negeri Kelantan membawa juara Akademi Fantasia 3 (AF 3), Asmawi Ani atau Mawi mengadakan persembahan di negeri itu. Beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kelantan membawa Mawi membuat persembahan bagi menarik golongan remaja daripada terlibat dengan gejala sosial dan penyalahgunaan dadah. "Golongan remaja perlukan hiburan dan Kerajaan Negeri perlu memikirkan hiburan alternatif kepada rakyatnya," katanya ketika dihubungi mengulas pandangan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat mengenai Kerajaan Kelantan jemput Mawi. Katanya lagi, Kerajaan Kelantan perlu meneruskan hasratnya mengadakan konsert Tautan Kasih yang melibatkan Mawi supaya rakyat dapat melihat hiburan alternatif yang hendak diketengahkan. Che Ariifin kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Dewan Ulama hari ini dan menasihatkan supaya Dewan Ulama mendapatkan maklumat yang tepat mengenai program tersebut yang akan memberikan banyak kebaikan kepada rakyatnya. "Walaupun Mawi dilahirkan dari program AF tetapi Mawi ada kelainan tersendiri berbanding dengan penyanyi lain. Harun Taib sepatutnya jumpa Kerajaan Kelantan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan kepada media," katanya kesal. Beliau juga meminta Harun Taib menunjukkan pendekatan lain yang dimaksudkan oleh beliau yang boleh menarik remaja Kelantan mengelakkan diri dari masalah dadah serta sosial. "Ketua Dewan Ulama perlu mengemukakan alasan konkrit kepada Kerajaan kelantan sebelum menyanggah program yang hendak dilaksanakan," katanya ringkas mengulas kenyataan Harun yang berkata, banyak pendekatan lain yang boleh menarik remaja. Beliau juga bersetuju dengan pandangan Menteri Besar yang berpandangan jauh supaya pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan negeri itu perlu menyediakan program alternatif untuk remaja.//Perakan Net http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=2132 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
