KOTA BHARU, 15 Sept - Menteri Besar Kelantan menjelaskan kerajaan negeri boleh 
menjemput mana-mana penyanyi yang difikirkan sesuai membuat persembahan di sini 
selagi tidak bercanggah dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998. 

“Insya Allah selamat, selagi Islam ni dikawal oleh ulama sama ada yang 
berpakaian jubah atau seluar biasa, selagi dia berjiwa ulama, Insya Allah 
aktiviti manusia itu akan selamat," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik 
Mat. 
Oleh itu beliau menjelaskan kerajaan negeri tetap akan menjemput Mawi bagi 
menjayakan konsert ‘Tautan Kasih’ pada akhir bulan ini, biar pun mendapat 
tentangan pihak tertentu. 
Katanya, biar pun ada beberapa pihak yang 'menegur' Kelantan mengadakan konsert 
tersebut, namun kerajaan negeri mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian. 
“Saya menjemput seluruh rakyat Kelantan menghadiri konsert berkenaan bersama 
keluarga masing-masing,” katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas 
laporan sebuah akhbar yang mendakwa Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Harun Taib 
membantah tindakan kerajaan negeri menjemput Mawi bagi mengadakan 
persembahannya di negeri ini. 
Harun berpendapat Mawi bukan seorang penyanyi dari hiburan Islam sebenar, 
sebaliknya dia adalah hasil produk sebuah rancangan realiti televisyen yang 
jelas menyimpang dari ajaran Islam. 
Sebelum ini kerajaan negeri menjemput Asmawi Ani juara Akademi Fantasia 3 
mengadakan konsert Tautan Kasih di Padang Perdana pada malam 30 September ini. 
Selain itu Mawi juga diundang sempena perisytiharan Kota Bharu Bandar Raya 
Islam pada malam 1 Oktober depan. 
Menteri Besar berkata, Mawi bukan suatu masalah yang sepatutnya dijadikan isu. 
Sebaliknya kata beliau, kenyataan sebenar Ketua Dewan Ulama PAS itu tidak 
diketahui. 
"Itu (kenyataan) hanya dalam surat khabar saja, mungkin dia tak tahu bahawa 
Kelantan ni dah ada enakmen sendiri berhubung hiburan bagi mengawal setiap 
persembahan hiburan,” ujarnya. 
Beliau juga berkata, sekiranya kerajaan Kelantan dianggap bersetuju dengan 
Akademi Fantasia yang melahirkan Mawi, sudah tentu peserta-peseta lain AF3 juga 
dijemput sama. 
"Jadi oleh kerana Mawi ini hanyalah individu sahaja, jadi kita menjemputnya 
datang untuk memberikan hiburan kepada remaja di sini," ujarnya. 
Ketika ditanya berhubung dakwaan Harun, kerajaan negeri tidak berbincang 
terlebih dahulu dengan Dewan Ulama, beliau memberitahu semasa hendak mewujudkan 
Enakmen Kawalan Hiburan pada tahun 1995 sudah diadakan perbincangan.//hrkh



                
---------------------------------
Yahoo! for Good
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke