KOTA BHARU: Kegiatan seorang lelaki menjadikan kawasan tali air di Ladang Merdeka, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dekat Batu 6, Kampung Kedai Mulong di sini, sebagai tempat menangkap ikan menggunakan arus elektrik terbongkar selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Perikanan Kelantan.
Ketika ditahan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, dia didapati asyik menggunakan arus elektrik dengan mencucuk tiga batang besi yang disambungkan kepada dua unit bateri. Difahamkan, tiga pegawai Jabatan Perikanan sudah lama memerhatikan kegiatannya selepas mendapat maklumat penduduk kampung. Lelaki berusia 56 tahun itu dilaporkan sudah menjadikan kawasan sekitar tali air itu tempat menangkap ikan menggunakan cara haram sejak beberapa tahun lalu sebelum menjualnya di pasar tani sekitar bandar Kota Bharu. Timbalan Pegawai Perikanan Darat Negeri (Bahagian Penguatkuasa), Idrus Mohd Nor, berkata kegiatan lelaki terbabit sudah lama diperhatikan penduduk kampung yang kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa. Menurutnya, ketika tangkapan, lelaki terbabit seolah-olah yakin tindakannya tidak salah dan tidak melarikan diri. Katanya, selepas disoal penguatkuasa Jabatan Perikanan, lelaki terbabit mengaku perbuatannya salah di sisi undang-undang dan sudah lama menangkap ikan menggunakan cara itu. Ketika ditahan, lelaki itu menggunakan tiga alat yang dibuat menggunakan batang besi. Tiga batang besi itu disambungkan kepada dua bateri yang akan mengeluarkan arus elektrik sebelum dimasukkan ke dalam air. Arus elektrik berkuasa kecil itu walaupun tidak membahayakan manusia tetapi sudah cukup membuatkan ikan di kawasan lingkungan dua meter mati sebelum ditangkap, katanya. Idrus berkata, hasil soal-siasat terhadap lelaki itu, pihaknya mendapati dia mampu memperolehi lebih 20 kilogram ikan sehari termasuk ikan sepat, haruan dan keli. //HM 16 Sept __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
