Oleh : Pakcu
 
Dua tiga hari lepas Pakcu gi ‘berderat’ (jalan) rumah anak buah di Machang. 
Lama tak tubik, rasa nak tubik, Pakcu gi. Kebetulan Mat Lajim anak mullah Mak 
Teh Che Yah, ada balik dari “Kolumpur”, bawa kereta Mavy. Jadi Pakcu ajak dia 
gi Machang, belan-belan nak merasa kereta Mavy... Sebenarnya lama dah Pakcu 
mengidam nak kereta ni.... tapi tak leh,leh. 

Ada kawan Pakcu tu dia nak beli Mavy... dah dua bulan tempah tak sampai juga. 
(Beli cara haram la tu?) Jadi dengan Pakcu-Pakcu sekali komponen tak leh naik 
Mavy. Ingat nak naik Mavy nak gi Kota Bharu tengok konsert Mawi... nampaknya 
tak jadilah. 

Lama juga Pakcu tak tubik dari kampung, asyik duk rumah sahaja. Ralik… tubik 
padang tengok budak-budak tanam lada.

Pakcu tumpang suka hati bila tengok mereka berladang lada. Waktu lada masak, 
‘mmerah’ macam kebun bunga pula. Yang Pakcu suka ialah inisiatif budak-budak, 
pakat tanam lada. Tidaklah buang masa kok sir, atau main tak tentu hala. Ada 
fadah juga. Cukup tiga bulan setengah, tuai dan jual boleh pitih.

Jadi kerana ralik dok tengok budak-budak tanam lada, Pakcu tak gi ke mana. Pagi 
petang gi padang, dok congak atas batas tenguk buat budak-budak batas atau 
jirus pokok lada. Betapa kalau anak muda kita bersemangat begitu, hidup senang. 
Sebenarnya nak hidup ini tidak payah pergi jauh. Atau kalau hak dok kampung 
tidak payah susah payah merantau sampai Kuala Lumpur. 

Cukup kerja ke rumah sahaja. Macam-macam kerja boleh buat kat rumah. Tanam 
lada, sayur mayur, buka kedai runcit, jaja ikan, jaja roti, jaja airkrim dengan 
motosikal, macam-macam. Atau kalau rajin sikit buka kilang buat meehon, suhon, 
mee atau pun roti.

Di kampung mana ada kilang meehon, suhon atau buat roti. Semuanya orang lain 
buat, kita jom beli sahaja. Padahal benda-benda ni muda semesek. Gi kursus 
dengan mana-mana kilang atau agensi kerajaan, kelek buat sendiri. Kalau rajin… 
semua boleh.

Panjang belebel, lupa ke Machang. Jadi bila Pakcu gi Machang, - rumah anak buah 
tu, terjumpa dengan surat khabar lama. Belan-belan dok tunggu demo buh nasi 
Pakcu belek surat khabar lama tu. Belek-belek, tiba-tiba jumpa degan berita 
bertajuk “Isteri Annuar lembaga pengarah syarikat”. (BH 6/9/05).

Mulanya Pakcu tidak fikir apa-apa, ingat berita baisa sahaja. Lepas baca 
sebaris dua baru Pakcu tahu, rupanya orang yang dimaksudkan itu ialah bini 
Annuar Musa. Nama dia Datin Rosniah Abdul Rahman. Menurut berita itu beliau, 
jadi pengarah syarikat Visage Fortune Sdn. Bhd. Syarikat ini ada kaitan dengan 
penyelwengan wang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang melibatkan 
puluhan juta ringgit.

Sebenanrya berita ini biasa sahaja, tidak ada apa yang ganjil atau baru. Cuma 
yang mengejutkan ialah kerana dia isteri kepada Annuar Musa. Annuar Musa semua 
kita tahu, dia adalah bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar. Adapun projek PPRT 
itu, adalah dibawah jagaannya.

Jadi menurut berita itu, bini dia adalah Pengarah syarikat berkenaan. Syarikat 
berkenaan pula ialah yan bertangungjawab dengan projek ternakan ikan dan 
pembinaan hotel di Tasik Puteri, Bukit Besi, Terengganu yang dikatakan 
mengalami rugi itu.

Lama sebelum ini Pakcu dah dengar hal ini. Kononya bini Annuar terlibat dengan 
dunia pernigaan yang bersangkutan dengan beberapa projek di bawah tanggungjawab 
tok laki dia. Bukan sa projek, tetapi banyak. Tetapi Pakcu tidak percaya semua 
itu. Mungkin satu fitnah sahaja. Dalam politik macam-macam, orang boleh buat, 
dan reka cerita. Sebab tu Pakcu tak masuk politik, tak sir terlibat dengan 
fitnah!

Tetapi bila nama Rosniah disebut di dalam mahkamah oleh Datuk Abdul Aziz 
Muhammad bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bnadar, yang 
dituduh terlibat dengan penyelewengan itu, Pakcu tidak boleh tolak lagi. 
Tuduhan dan apa yang orang dok cerita sebelum ini, benar. 

Sebab, Datuk Aziz tidak akan bercakap bohong di dalam mahkamah. Lagipun beliau 
sebut perkara itu dengan sumpah; “tidak ada yang tidak benar melainkan benar 
belaka”. Kalau dia bercakap bohong di dalam mahkamah dia boleh dikenan 
“contempt of court”, di mana akan dicas sebagai menghina mahkamah.

Pendek ceritanya, sahlah bahawa bini Annuar Musa terlibat berhubung dengan 
projek yang melibatkan PPRT. Dalam hal ini Pakcu tak nak kata Annuar juga 
terlibat sama, tapi sama-sama kita fikir, kalau keadaanya dah begitu. Pakcu 
gunting surat khabar berkenaan dan selit dalam kilas…. jadikan azimat. 
Belan-belan minum di kedai kopi Pakcu akan buka dan tunjuk ke orang. Demo nak 
tengok ke….? Jumpa Pakcu mintalah….wei.//Perakan
 
http://www.perakan.net/modules/soapbox/article.php?articleID=52



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke