KOTA BHARU, 20 Sept – Kerajaan Kelantan bersedia menggunakan kenderaan rasmi 
yang disuntik tenaga daripada gas asli (NGV) sekiranya mendapati ia benar-benar 
menjimatkan. 

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri 
akan membincangkan mengenai kelebihan menggunakan NGV, ekoran kenaikan harga 
minyak sekarang. 
“Saya akan membincangkan isu ini pada mesyuarat Exco minggu ini. Kita mahu 
lihat jumlah penjimatannya berbanding menggunakan petrol sekarang,” katanya 
selepas merasmikan pecah tanah pejabat baru dan perletakan batu asas surau 
Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) di sini, hari ini. 
Pejabat baru tersebut adalah bekas rumah milik Dato’ Asri Muda yang dimiliki 
KPK daripada anggota keluarganya untuk dijadikan pejabat baru. 
Sebanyak RM700,000 dibelanjakan KPK bagi mengubahsuai banglow tersebut bagi 
dijadikan pejabat barunya. KPK sebuah anak syarikat milik Perbandanan Kemajuan 
Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). 
Sebelum ini negeri Johor dan Perlis sudah menyatakan kesediaan menggunakan 
kereta rasmi jenis pakai NGV sebagai langkah penjimatan ekoran kenaikan harga 
minyak. 
Oleh itu Menteri Besar berharap stesen yang membekalkan NPV diperbanyakkan di 
negeri ini bagi mengelakkan berlaku masalah selepas kereta tersebut digunakan. 
Sementara itu, Pengarah Urusan KPK, Haji Mohd Fadzli Abdul Samad berkata, 
pejabat baru tersebut bakal dilengkapi ruang pameran, tempat riadah, tempat 
letak kenderaan serta madrasah. Ia meliputi kawasan seluas 1.8 ekar. 
Katanya juga, sehingga 31 Julai lalu KPK mencatat keuntungan sebanyak RM3.57 
juta dan dijangka meningkat kepada RM4 juta akhir tahun ini. Pada tahun lalu 
KPK mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5.7 juta. 
Pada majlis itu juga KPK menghulurkan sumbangan sebagai aktiviti kemasyarakatan 
kepada pelbagai pihak termasuk kelas prapendidikan, madrasah dan sekolah 
agama.//Hrkh



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke