KOTA BHARU, 20 Sept - Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat 
menjelaskan konsert ‘Tautan Kasih’ pada 30 September ini dianjurkan kerajaan 
dan tidak ada kaitan dengan parti. 

Oleh itu, katanya tidak perlu perbincangan diadakan dengan jentera parti 
sebelum program tersebut dianjurkan. 
“Kita kena pisahkan di antara kerajaan dan parti dalam soal ini. Pihak yang 
mengkritik langkah dibuat kerajaan negeri kena faham. Tidak semua perkara perlu 
dilibatkan dengan parti. 
“Parti hanya menentukan dasar kerajaan pada peringkat awal dan bukan perlu 
dibincangkan setiap aktiviti yang hendak dilakukan dengan parti. Kita tidak 
perlu keliru dalam soal ini,” katanya di sini, hari ini. 
Sebelum ini pelbagai pihak termasuk Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Haron 
Taib membantah tindakan kerajaan negeri menjemput Mawi bagi mempersembahkan 
hiburan alternatif pada konsert ‘Tautan Kasih’ akhir bulan ini. 
Malah kata bekas anggota Exco kerajaan Terengganu itu Dewan Ulamak PAS tidak 
pernah diajak berbincang mengenai perkara tersebut. 
Ditanyai mengapa dianjurkan konsert alternatif menjelang sambutan Ramadhan, 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, program itu diadakan tidak bercanggah dengan 
peraturan yang dibuat. 
“Mereka hendak kata apa pun, katalah kita tetap meneruskan program yang diatur 
dan berharap ia berjalan dengan teratur dan beradab. Parti lawan sebenarnya 
sudah banyak menganjurkan konsert, namun tidak mengikut peraturan berlandaskan 
agama,” ujarnya. 
Katanya, baru sekarang mereka cuba menganjurkan Forum Perdana menjelang 
sambutan Ramadhan, sedangkan sebelum ini jarang kedengaran dianjurkan program 
seumpama itu. Sebaliknya Menteri Besar turut menjelaskan persembahan hiburan 
alternatif itu dianjur bukan bertujuan politik. 
Sementara itu, dalam perkembangan lain di TUMPAT, anggota Exco, Abdul Patah 
Mahmood berkata, kerajaan negeri akan memasukkan program lasak kenderaan pacuan 
empat roda dalam kalender sempena sambutan ulangtahun keputeraan Sultan 
Kelantan tahun depan. 
“Insya Allah kita akan melibatkan lebih banyak kenderaan menyertai Kelantan 
Challenge 2006. Kita menjangkakan sebanyak 200 peserta iaitu paling ramai 
penyertaan dalam sukan berkenaan di negara ini,” katanya ketika merasmikan 
Kelantan Challenge 4 x 4 2005 di Pantai Sri Tujuh di sini, baru-baru ini. 
Pada program itu sebanyak 62 kenderaan pacuan empat roda menyertai program 
berkenaan termasuk dari Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan peserta 
tempatan. Ia diadakan selama empat hari dan berakhir semalam. 
Ia dianjurkan bersama kerajaan negeri, Kelab Kembara Kelantan, Kelantan 4 x 4 
Adventure Club dan Lipan Bara. Lokasi ‘off road’ diadakan di Hutan Simpan 
Sokor, Tanah Merah. 
Sebelum ini pada 1996 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menganjurkan 
program serupa yang membabitkan penyertaan dari seluruh negara. Ia diadakan 
bagi memperkenalkan destinasi pelancongan menarik di Kelantan.//Hrkh



                
---------------------------------
Yahoo! for Good
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke