KOTA BAHARU, 21 Sept -- Lima lelaki berumur antara 17 dan 22 tahun maut
manakala tiga cedera parah dalam dua kemalangan berasingan di Gua Musang dan
Kuala Krai Selasa malam.
Dalam kejadian di Gua Musang, tiga sekawan yang menaiki Perodua Kancil mati di
tempat kejadian selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah kereta di
Kilometer 73 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pukul 10.15 malam.
Pegawai Turus Trafik Kelantan, ASP Mohd Noor Mohamad berkata mangsa yang maut
adalah pemandu Perodua Kancil, Mohamad Yusran Mustapha, 19, dari Tampoi, Johor
dan dua penumpang, Amran Shahril Mohamad, 22, serta Mohd Zulhilmi Ahmad, 21,
masing-masing berasal dari Kesedar Paloh 2, Gua Musang.
"Dalam kejadian itu, kenderaan yang dinaiki tiga sekawan itu yang menghala ke
Gua Musang dikatakan cuba memotong sebuah lori ketika tiba di tempat kejadian.
"Bagaimanapun, kenderaan mereka dipercayai bertembung dengan sebuah kereta
Volvo dari arah bertentangan," katanya di sini Rabu.
Ekoran kejadian itu, katanya, tiga lelaki terbabit yang mengalami cedera parah
mati di tempat kejadian manakala pemandu Volvo, Hamidi Yaacob, 56, dari
Petaling Jaya, Selangor hanya cedera ringan.
Sementara itu, kemalangan di Kilometer 54.5 Jalan Kota Baharu-Gua Musang di
Kuala Krai yang membabitkan tiga kereta pula menyebabkan dua lelaki maut dan
tiga parah termasuk sepasang suami isteri.
Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku pukul 7 malam apabila sebuah kereta
Proton Wira yang dinaiki empat lelaki dari Kuala Krai menghala ke Kota Baharu
dikatakan terbabas pukul 7 malam berikutan hujan lebat.
"Ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dikatakan terbabas lalu memasuki
jalan bertentangan dan merempuh sebuah Proton Iswara dari arah bertentangan.
"Berikutan itu, Proton Wira berkenaan dipercayai berpusing-pusing sebelum
merempuh sebuah Perodua Kancil yang berada di belakang Proton Iswara," katanya.
Menurutnya, akibat kejadian itu, dua penumpang Proton Wira terbabit Syed
Norhaiman Syed Madri, 20, dari Kampung Batu Lada, Kuala Krai dan Mohd Zulfahmi
Mohd Ariffin, 17, dari Guchil 5, Kuala Krai yang cedera parah meninggal di
tempat kejadian.
Beliau berkata, pemandu kenderaan itu pula, Mohd Nasiruddin Mohd Noor, 19,
mengalami cedera parah dan seorang lagi penumpang yang hanya dikenali sebagai
Syed Mohd Akmal, 18, dari Taman Bukit Sirih, Kuala Krai hanya cedera ringan.
Sementara itu, katanya, pasangan suami isteri yang menaiki Proton Iswara pula,
Tuan Azli Tuan Yaacob, 25, beralamat di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Puteh dan
Siti Haryani Kamarudin, 25, dari Jeli cedera parah akibat kejadian itu.
"Bagaimanapun, pemandu dan dua penumpang Perodua Kancil tidak mengalami
sebarang kecederaan," katanya.//Bernama
---------------------------------
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/