KOTA BAHARU, 21 Sept -- Kelantan akan menjadi pengeluar utama batu granit 
bermutu tinggi di Malaysia dengan jenama sendiri `Jeli Blunero' setanding 
dengan batu granit `serrizo' dari Itali.

Pengerusi Eksekutif Metacorp Berhad Datuk Dr Nik Hussain Abdul Rahman berkata 
batu berira kasar itu mendapat permintaan tinggi kerana mempunyai warna hitam 
kebiruan yang menarik.

"Jeli Blunero adalah bergred eksport dan mempunyai tekstur istimewa dengan 
warna yang konsisten," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata operasi awal yang kini dalam percubaan dijangka menghasilkan 
sebanyak 2,500 meter padu dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 7,200 meter 
padu menjelang 2009.

"Ia adalah bahan binaan bangunan semula jadi yang sangat sesuai kerana tekstur, 
warna, daya tahan dan kekuatannya. Ia juga mempunyai ciri-ciri unik iaitu 
tekstur berira kasar dan berwarna hitam kebiruan," katanya.

Menurut Dr Nik Hussain, kuari yang terletak di Kampung Air Ralek, Tanah Merah 
itu dikendalikan oleh syarikat Dimensi Timal Sdn Berhad (DTSB) iaitu anak 
syarikat Metacorp Berhad, anggota kumpulan MTD Capital Berhad.

Kuari itu akan dibuka dengan rasminya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
Datuk Mustapa Mohamed bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik 
Mat pada 25 Sept ini.

Beliau berkata permintaan terhadap batu granit semakin meningkat terutama di 
pasaran antarabangsa dan ini memberi prospektif kepada syarikat pengendali.

"Secara tidak langsung ia akan menjana pertumbuhan ekonomi Kelantan dan negara 
serta melahirkan industri desa melalui penggunaan sisa lebihan," katanya.

Medicorp Berhad merupakan syarikat pegangan yang mempunyai kepentingan dalam 
aktiviti pembangunan dan penyewaan hartanah di Malaysia.

Ia terlibat secara langsung dalam bidang pembinaan infrastruktur, tol 
lebuhraya, perkuarian, pendinginan lingkungan dan pengurusan sisa pepejal.

DTSB yang dimiliki 80 peratus oleh Medicorp Berhad mempunyai modal berbayar 
sebanyak RM1 juta.

Metacorp melabur sebanyak RM40 juta bagi menjayakan industri itu di mana fasa 
pertama yang memulakan operasi Mac lepas membabitkan peruntukan sebanyak RM5 
juta.

Menurut Dr Nik Hussain, kuari yang ditempatkan di kawasan seluas 107 hektar itu 
boleh mengeluar batu granit bermutu tinggi sehingga 600 juta meter padu atau 
1.5 bilion metrik tan batu keras `monolithic'.

"Kita mendapat konsesi dari kerajaan negeri untuk memiliki secara eksklusif 
selama 50 tahun memulakan operasi pada Mac lepas," katanya.

Bagi tahun kewangan 2004 yang berakhir Mac 2005, Dr Nik Hussin berkata Metacorp 
Berhad mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM20 juta tetapi hasilnya 
menurun berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata antara lain ini disebabkan penamatan konsesi tol Jalan Pahang 
pada Mac 2004 di mana kerugian turut dialami oleh syarikat bersekutu.

"Syarikat kumpulan mencatat hasil berjumlah RM116.44 juta dan keuntungan 
sebelum cukai berjumlah RM20 juta bagi tahun yang ditinjau yang mencatatkan 
penurunan sehingga 51 peratus," katanya.

Beliau berkata untuk memastikan keteguhan sumber, lembaga pengarah mengesyorkan 
bayaran dividen pertama dan akhir sebanyak satu sen sesaham (2004: 70 sen 
sesaham).

Menurutnya pembangunan hartanah menjadi penyumbang terbesar kepada hasil 
kumpulan dengan mencatat jumlah jualan RM55.5 juta, meningkat kira-kira 53 
peratus dari RM36 juta pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun syarikat mengalami kekurangan hasil dari kutipan tol sebanyak 37 
peratus kepada RM49.4 juta akibat penutupan tol di Jalan Pahang dan Jalan 
Cheras, katanya.

Dalam bidang pendinginan, syarikat turut menerima kesan sampingan akibat 
penurunan permintaan di mana Megajana Sdn Berhad iaitu syarikat pengendali 
mengalami kemerosotan sebanyak lapan peratus kepada RM10.9 juta akibat 
kelembapan langganan oleh syarikat-syarikat di Cyberjaya.

Beliau berkata untuk tahun-tahun mendatang perniagaan mampu mencatat tahap yang 
membanggakan dengan peluasan operasi ke peringkat antarabangsa termasuk 
Australia.//Bernama



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke