KOTA BHARU: Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Kelantan membawa masuk kira-kira 
3 juta ayam daging termasuk anak ayam berusia sehari dan ayam dewasa sedia 
disembelih bagi memenuhi keperluan penduduk menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Pengarahnya, Dr Idris Kadir, sejak 1 September sehingga semalam, 1,577 juta 
anak ayam berusia sehari dibawa masuk dari Melaka, Johor, Pulau Pinang, Perak 
dan Pahang.

Beliau berkata, anak ayam itu akan dikurung selama 40 hari oleh pengusaha ayam 
daging yang mendapat permit membawa masuk bekalan berkenaan sebelum dipasarkan.

Katanya, sepanjang Ogos lalu, JPH membawa masuk bekalan anak ayam berjumlah 
2,985 juta daripada lima negeri yang sama selain 113,700 ayam dewasa yang sedia 
disembelih.

"Kita menganggarkan kira-kira 3 juta bekalan ayam disediakan untuk memenuhi 
keperluan penduduk negeri menyambut puasa serta Aidilfitri bulan depan," 
katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Dr Idris berkata, sehingga kini perangkaan menunjukkan rakyat Kelantan 
memerlukan kira-kira 30,000 hingga 40,000 ayam setiap hari dan keperluan itu 
dapat dipenuhi apabila bekalan mencukupi.

Katanya, keperluan telur ayam turut diberi perhatian oleh JPH kerana penduduk 
negeri ini memerlukan kira-kira 150 juta telur setahun atau 12 juta telur 
sebulan.

"Bekalan telur itu juga dibawa masuk dari negeri di Pantai Barat kerana Projek 
Ayam Kelantan yang berpusat di Tumpat hanya mampu mengeluarkan bekalan 
kira-kira 20 peratus daripada keperluan penduduk.

"Oleh itu, kita terpaksa membawa masuk bekalan dari negeri lain bagi memastikan 
bekalan mencukupi," katanya.

Sementara itu, JPH juga memberi jaminan keperluan daging lembu bagi umat Islam 
negeri ini menyambut Ramadan mencukupi apabila bancian mendapati kira-kira 
120,000 ekor lembu dipelihara rakyat Kelantan.

"Kelantan memerlukan kira-kira 9,000 metrik tan daging lembu dan kerbau setahun 
dan bagi memenuhi keperluan itu, kita terpaksa mengimport bekalan daging beku 
dari India dan Australia yang mutunya setanding daging tempatan," katanya.

Katanya, semua bekalan daging itu juga sudah mendapat pengesahan daripada 
pegawai veterinar JPH bagi memastikan tiada jangkitan penyakit kuku dan mulut.

"Sehingga Julai lalu, hanya 14 kes penyakit itu dilaporkan di Kemahang, Tanah 
Merah dan kes itu berjaya dikawal apabila sehingga semalam tiada laporan kes 
baru mengenai penyakit kuku dan mulut di negeri ini," katanya.//Bha 22 Sept



                
---------------------------------
Yahoo! for Good
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke