KUALA LUMPUR 21 Sept. - Juara Akademi Fantasia 3 (AF), Asmawi Ani atau Mawi 
tetap bersemangat untuk mengadakan persembahan di Kelantan walaupun jemputan 
yang dibuat oleh Menteri Besar negeri itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
mempunyai motif politik.

 

Mawi begitu bersemangat menemui peminatnya di Kelantan apabila menerima 
jemputan tersebut baru-baru ini dan sehingga sekarang, keinginannya itu tetap 
berkobar-kobar.

 

Katanya, ini kerana tidak semua artis berpeluang mengadakan persembahan di 
negeri berkenaan. Oleh itu tidak seharusnya peluang yang diperolehnya itu 
dilepaskan begitu sahaja.

 

``Saya terima jemputan itu dengan ikhlas dan amat bersemangat untuk berjumpa 
peminat di sana.

 

``Saya tidak kisah apa motif jemputan itu, lagipun menghibur adalah periuk nasi 
saya,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

 

Semalam, Nik Abdul Aziz mengaku bahawa langkah kerajaan negeri membawa Mawi 
mengadakan persembahan di Kelantan mempunyai motif politik untuk menarik 
golongan muda menyokong Pas.

 

Menurut Mursyidul Am Pas itu, adalah menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam 
berusaha mengajak semua orang sama ada dari golongan tua, muda atau belum Islam 
supaya menerima Islam.

 

Pada masa yang sama, Mawi semalam turut mengakui secara terbuka bahawa 
persembahannya di Kota Bharu, Kelantan tiada sebarang kaitan dengan politik.

 

Isu jemputan kerajaan Kelantan pimpinan Pas ke atas Mawi untuk mengadakan 
persembahan di Kota Bharu mendapat perhatian apabila mencetuskan perdebatan 
hangat di kalangan pemimpin kanan parti itu.

 

Mawi dijadualkan membuat persembahan pada Konsert Tautan Kasih, 30 September 
dan diikuti persembahan sempena pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam di 
Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, keesokannya.

 

Mengulas mengenai persiapan persembahannya di Kelantan, Mawi menjelaskan bahawa 
beliau sudah menjalani latihan intensif sejak tiga hari lalu dengan memilih 
beberapa lagu yang sesuai.

 

Menurutnya, beliau akan mendendangkan tiga atau empat lagu pada persembahan 
tersebut termasuk lagu-lagu yang bercorak ketuhanan.

 

``Saya harap peminat akan berpuas hati dengan persembahan saya nanti,'' 
katanya.//UM


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke